Tuesday 12 July 2011

Kenapa? Beza antara Du(Engkau) dan Aku

Aku tengok kalau hari Rabu semua blogger yang aku ikut yang kemaskini blog mereka pada hari Rabu akan kata Rabu adalah 'Wordless Wednesday' - Rabu yang tiada kata-kata <-- Pff bunyi macam kehape kalau diterjemah. Soalan aku adalah, bagaimana Wordless Wednesday ini boleh wujud dan kenapa ia diadakan? Maklumlah aku ni tulis blog ikut suka hati aku dan tak ikut sangat peredaran dunia blog.


Ahad lepas aku keluar nak pergi makan sushi. Ok adik aku yang kata nak makan. Dulu dia ni punyalah pembantah bila aku kata nak makan sushi. Alasan macam2. Tak sedap lah. Tak minat lah. Tak makan lah. Sekarang ni bila duduk sebelah running belt tu dia punya mata la yang paling berkaca-kaca. Pfff. 


Tapi sebelum tu ingat nak tengok movie. Sekali dah penuh. Tu yang terus pergi makan. Kitorang cuba Don Don Set. Aha bunyi dah ala-ala SuJu punya Don't Don't dah tu. Alah korang kenal Sorik Sorik je kan. Zaman Don Don korang bukan kenal lagi SuJu kan? kan? kan? Pfff. Set ni harga dia kalau tak salah aku la dalam RM16.90 atau RM17.90 ha macam tu lah. Di samping Don Don Set kami order benda wajib iaitu Takoyaki RM6.90. Selalu kalau dessert kami biasa order Mocha Shake RM6.90 tapi kalini kami order Mocha Ice Cream dengan Daifuku RM5.90. Daifuku ni ala-ala macam kuih koci. Inti kacang merah. Sumpah rasa daifuku ni plastik gila. Lain kali order Mocha Ice Cream  RM4.90 je sudah. Cakap banyak tak guna aaa mari tengok gambar la baru tau meleleh air liur ke tak. FUFU


Photobucket
Tempura Potion


Photobucket
Ayam bersama Sos (Sepatutnya-Pedas-Tapi-Manis) Potion


Photobucket
Don Don Full Set


Photobucket
Menu wajib. Takoyaki.


Photobucket
Mocha Ice Cream bersama Daifuku. Sedap! Kecuali Daifuku. Pfff


Photobucket
Don Don Set sudah licin. Tinggal Takoyaki dan Mocha Ice Cream je.

Lepas tu tiba-tiba adik aku kata nak pergi potong rambut. Jadi sementara nak tunggu rambut dia siap aku pun tunggu la dia dekat kedai buku MPH. Aish kalau ikutkan hati sehari pun tak cukup duduk dalam kedai buku. Dan masa aku tengah duduk2 tengok2 buku sambil belek2 aku perasan la melalui ekor mata aku banyak kali lah jugak pekerja2nya lalu2 di sebelah aku. Aku taknak bersikap negatif tapi hati aku bertanya jugak, langsung tak boleh nak selak2 ke? Kalau teringin memang boleh tengok kulit depan dengan belakang je ke lepas tu terus kene beli ke? Baca kat rumah je ke yang boleh? 


Itulah bezanya antara Du (Engkau) dan Aku. Kalau Du, (maksud aku kalau aku lepak dekat kedai buku kat Germany), kedai buku dia siap ada meja, kerusi, sofa, kafe, internet berbayar lagi kalau korang nak baca buku. Dia siap adakan satu sudut khas yang penuh dengan buku2 supaya korang boleh baca. Percuma la. Tak payah bayar satu sen pun. Duduk la dekat situ dari bukak kedai sampai tutup kedai. Takde pulak aku tengok kedai tu muflis sebab ramai orang baca buku secara percuma. Lagi ramai orang datang dekat kedai tu ada la. Tapi itu dekat sana. Kalau kat sini, bukak lama sikit pun dah rasa macam orang perhati. Tapi bila nak tanya sesuatu, susah la pulak nak cari pekerja2 tadi. Tetiba lesap.


Susah la nak lahirkan masyarakat minat membaca kalau macam ni. Asyik nak fikir standard perniagaan semata-mata. Cuba la buat satu sudut membaca sikit. Letak beberapa sampel buku sikit. Boleh orang baca. Kalau orang tertarik tapi tak cukup masa nak baca sampai habis, ada kemungkinan orang itu akan beli buku tu. Alah apelah sangat sampel buku serak dua. Bukan rugi mana pun.


Tapi mungkin kedai yang aku idamkan ada je dekat Malaysia ni. Malangnya bukan dekat tempat yang dekat dengan aku atau yang aku tahu. Bila lah boleh ada tempat macam ni yang dekat dengan aku ye. Tiba-tiba rindu dengan kedai buku Thalia dekat bandar tu....




3 comments:

  1. wah!!!!!!!!!! tgk lagi ice cream macha!!!!~ sedap3333.... tak penah pulak beli yg skali ngan apa mentang tuh daifuku? huhuhuhu~ layan~

    isk... ec rasa ada kedai buku tuh kt Malaysia ni, tp kawasan KL la... tu kt KLCC tuh apa ka namanya kedai tuh... ada ruang baca buku... tp satu tu jala yg ec penah nampak...kan.... tp mmg la kedai2 buku kt sini kedekut sungguh nak bg org baca kt kedai, kita selak2 sikit ja dah pandang semacam.. haishhhhh

    ReplyDelete
  2. cik ec pengikut & pengomen setia blog ez nmpknya. ekekekeke.

    sedapnye sume set mknn jepon tuh. oh ye, original recipe japanese mmg sume manis pn. shouyu (kicap) dia tu mn ade yg masin? yg masin tu kt mesia or negara2 lain yg ade japanese food, dh modify ikut selera tempatan. original mmg manis.

    daifuku sushi king rs plastik eh? kaka. kite mls nk ckp masa kite gi sushi king arituh. tp reality, mmg yg ade kt mesia ni serba serbi kurang la. terpaksa la terima hakikat. even ocha dia tu rs mcm satu uncang ocha ditapis 10 kali = dah takde rasa ocha sebenar. yg ade kt jepun mmg kaw kaw punye la. haihhh tu la rubi, dulu duduk sana xnk mkn/minum puas2, dh blk mesia br la tringin nk mkn mknn sana plak *sighs*

    budaya membaca xde kt mesia... sb org kite kalu sediakan buku kt rak pn, nnt ade je tgn2 yg x berapa reti menghargai harta awam tu menyalahgunakan... persepsi & minda masyarakat mesia mmg PAYAH nak ubah... huhu.

    ReplyDelete
  3. oh mengapa mocha die cm kaler hijau
    oh takoyaki sedap nya seblm poser kene terjah neh.

    MPH mid valley bleh je lepak2. hehe kene tgk kwsan gak kot.

    ReplyDelete