Thursday 30 June 2011

Jiran

Haha memang betul aku nak gosip pasal kejiranan aku. Kawasan aku ramai India dan Cina. Melayu sikit aje. Tu sebab aku tak kisah nak buat apa kat rumah aku sebab tak ada Minah/Mamat Internet untuk menyiarkan cerita kurang senang tentang aku dan keluarga sekiranya ada. Aman lah sikit dari segi itu. Tapi ada juga masalah dari segi lain. Nak tau apa? Ini dia.


Nak dipendekkan cerita, kiri kanan dan depan rumah aku semua jiran ok. Yang tak ok yang ke belah2 kiri dan belakang tu. Satu je masalahnya. Diorang suka hon kuat2 bila nak panggil orang dalam rumah. Tak kira ikut pintu depan atau belakang. Pastu bukan nye orang yang diorang nak panggil yang keluar. Aku ni pulak yang kadang2 ingat sapa2 la kot2 datang. Pastu bukan hon sekali dua. HON HON HONNNNNNNNNN. HON HON HONNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN. Asyik buat benda tu selama beberapa minit. Aiya amma ini penderaan psikologi namanya.



Photobucket



Rumah belakang aku pula kalau bukan hari buang sampah (Selasa, Khamis, Sabtu) pun dia akan buang sampah dia. Kawasan aku banyak sangat anjing liar. Bila dia buang sampah tu, anjing akan datang dan sepahkan plastik2 sampah untuk cari makanan. Dan sampah akan bertaburan dan kadang2 macam2 sisa pepejal yang bukan organik akan sampai kat belakang rumah aku. Ada sekali tu siap tuala buruk dengan kain baju lama bagai. Adoi sabar je la. Amma~



Photobucket



Ada lagi satu rumah belakang aku ni pulak aku nampak dia sapu sampah sarap dia termasuk lah plastik2 yang besar. Satu hari tu aku siap terjumpa satu bekas minyak 5 liter penuh dengan air tersekat dekat bahagian longkang rumah aku. Belakang bekas minyak tu dah berkeladak dengan sampah2 sisa pepejal lain. Peh patutlah bau macam longkang tersumbat. Memang longkang tersumbat rupanya. Patutla ada orang samakan bau mulut dengan longkang. Memang bacin la. (bak kata orang Johor)



Photobucket



Nak je aku suruh kerajaan negeri belanjakan 10 juta ringgit sediakan tong sampah besar free untuk setiap rumah supaya tak payah buang sampah ke dalam longkang lagi. Dan nak je aku suruh jiran2 aku yang ramai orang suka hon diorang tu pasang ling ding dong ling ding dong ling ling aku geli  kat rumah diorang supaya sedap sikit bunyi nya daripada hon motor atau kereta.



Photobucket



Tapi apakan daya aku takde suara sebab aku bukan siapa2. Kalau lah siapa2 yang duduk di kerusi atas tu rasa apa yang aku rasa dan fikir apa yang fikir mungkin pada saat ini dekat belakang rumah aku dah ada 2 tong sampah besar.



Photobucket

2 comments:

  1. aiyoyo~~~ achi! tengachi! aya~!
    haha. mslh hon eh?
    tu xpe la india. kt umah kite ni MELAYU.
    xkire la laki nye ke yg blk, bini nye ke, sume men HON jugak.
    wahh yg best nye sb die tu melayu, time azan berkumandang tu lah dia nak hon.
    pastu kalau org dlm umah tu lmbt je bukak, hon tu dh bertukar bunyi mcm org mrh pulak.
    eiii pikir la skit org dlm umah tu dok tgh duduk dlm blk air ke, tgh solat ke... apa daaaa.

    *sesi bercerita mslh jiran tetangga la pulakkkkk*

    ReplyDelete
  2. ayarkkkkkkkkkkkk!!!~ susah jugak dapat jiram mcm ni.... huhuhuhuhu~
    asai ang tak bagi ja pembesar suara tny "awt abang? nak panggey orang satu taman ni mai ka??? tak boleh ka abang keluar keta/moto panggey orang takpun kalo pemalas sgt tu guna ja HP mahai abang tuh.... takyah la nak hon bg satu taman dengaq... huhuhuhu"

    ReplyDelete