Wednesday 29 June 2011

Habis Dah Satu Ujian

Ok aku tau biasanya orang ambil lesen kereta/motor lepas habis sekolah. Biasanya orang tak sabar2 nak ada lesen. Tapi aku tak la pulak. Sebab aku ni penakut. Dan selepas hidup suku abad kat bumi Allah ni barulah aku ambil lesen kereta. Itupun kerana fikir yang aku ni bakal bekerja dan kalau kene kerja tempat jauh2 sikit sape la nak jadi pemandu aku.


So setelah sebulan belajar memandu hari ni aku pun diuji la oleh pegawai JPJ yang tak berapa nak sombong. Ditambah pula dengan jalan yang aku dapat yang tak banyak kereta (maknanya jalan dalam la tu), maka aku dapat lah lulus dengan cukup2 makan. Sampai saat aku tulis blog ni pun debar aku masih lagi tak hilang. Dari semalam pulak tu. Harap2 esok dah takde la dah debarnye.


Walaupun dah lulus ujian JPJ aku tak tau la aku akan bawak ke tak kereta dalam masa terdekat ni. Bila fikir bukit yang macam gunung dalam perjalanan nak pergi ke Jusco Ipoh paling tidak tu pun, ditambah lagi dengan kereta manual pakcik aku, mau aku fikir sampai ke tahun depan nak bawak ke tak. Tapi yang penting, satu bala dah lepas. Feww. Lega.


Yong Junhyung dan Goo Hara berpacaran! Memang betul la Junhyung suka awek mata bulat. Aku takde la suka tapi takde la pulak benci. Tapi sedih sikit la tengok Junhyung ku sudah jatuh cinta lagi. Kahkah.

3 comments:

  1. otsukaresama & omedetou, twinnie! ^-^)b
    xpe, x berani bwk tu sb skg nih br je dpt lesen. dh lama2 nnt dh mcm xde ape dh kot? yg penting dh ade lesen, ye dak?

    ohh kisah makcik Hara berchenta br smlm kuar kt Yahoo! Japan Entertainment news. haha. Hara & KARA agak terkenal jugak kt jepun kn~

    ReplyDelete
  2. wahhhhhhhhhh!!~ tahniah333333333.... anez dah ada lesen kereta... hehehe~ lesen moto tuh mmg takkan habiskan kah? hehehehe
    jalan dalam yg kurang bz... senang la sikit kita nk concentrate idak? alhamdulillah ^^

    kyaaaa!!~ Beast & Kara berchenta???? 2-2 sykt masing2 announce pulak tuh.... hahahah~ bapa byk lg la idol2 yg berchenta kt luar tuh pn kita taktau... si Changmin tuh pn ntah2 dok hangat berchenta.... muka nampak ceria ja skunk nih... :P

    ReplyDelete
  3. huh baru baca entry nih. tp nak komen jugak. tahniah Haniz huhu
    sy pon awal2 takut nak bwk keta tpi bile dah selesa asek nak merayap ngan keta je kejenya haha

    Hara dan JunHyung tu biar la die haha tp ade ms pulak bercinta diorg nih hehe. pelik apsal Jae x de masa

    ReplyDelete