Tuesday 25 October 2011

Tak Faham Betul La...

Kenapa walaupun aku dah berkali2 set layout aku supaya widget aku keluar di kanan dan kiri, tapi bila aku save dia masih akan tunjuk sume widget di bawah selepas semua posts? Aku mati kutu. Akhirnya aku delete je semua widgets aku dan aku tinggalkan posts aku je. Tapi agak susah la bile aku nak lawat blog yang aku dah biasa lawat kan. Kena simpan di Bookmark la macam ni. 


Itu kes blog. Ni ada lagi satu kes. Kucing2 aku dah pandai memanjat tinggi2 dan menyelinap di celah2 perabot dan sampah. Pfff. Ada sekali si Oki (yang warna oren) pergi panjat barang2 dekat depan rumah dan tiba2 dah tidur atas kain lap rumah orang sebelah. Punya la penat nak pancing dia balik semula ke rumah. Tidur mati pulak tu walaupun aku dah jolok2 muka idung telinga dia sume dengan penyapu lidi bagai. Fuuu.... Ape nak jadi la dengan bulu2 aku ni... 


Lepas tu, aku baru perasan yang Uchi tu betina. LOL Yelah masa kecik2 suma nampak macam sama. Ni dah dua bulan baru aku tengok betul2. Uchi punya tu tak sama macam Oki dengan Ryu. Tapi Uchi la ketua memanjat, ketua menyelinap, ketua sarkas dan ketua penakut. Hai lah Uchi.. 


2 minggu lepas aku pergi rumah kawan makcik aku. Punya adik. Tapi makcik aku pun berkawan baik dengan adik kawan makcik aku ni. Lepas dah melawat rumah aunty tu, kitorang pergi beli udang kat jeti kawasan Larut/Matang. Pergh yang tangkap ikan sumenye yang mata sepet2. Budak2 muda dia peh walaupun kurus kuat2 belaka. Berdarah hidung jugak la aku tengok beberapa mamat2 sepet tu. HEH HEH HEH. Makcik aku beli udang. Ingat nak beli ketam tapi tak ada yang besar dan elok sikit. 


Lepas beli udang on the way nak balik rumah singgah makan. Makan lagi. Makan mi udang. Pastu sembang ramai2 tiba2 keluar topik bahasa yang orang dulu2 suka pakai tapi zaman sekarang ni macam dah jarang didengar. Ada 2 perkataan yang diorg sebut. Tapi aku ingat satu je. Kopek. Ha tau ke ape maksud kopek? Kopek maksudnye, beg duit kecik yang mak2 atau nenek2 kite dulu suke letak duit ataupun syiling tu. Kalau orang zaman sekarang mesti ingat benda lain kan. Contoh ayat, "Pinjam kopek ko. Aku punye kopek tertinggal kat umah la". BUBUBUBUBUBUBUBU~





Photobucket 
aku dah tak tahu nak buat macam mana dengan perut layut dia ni. perut dah nak cecah lantai kalau dia lari.

  Photobucket
Uchi ialah seekor anak kucing betina yang ekornya seperti patah.


  Photobucket
'Lazy pose' daripada Oki. Cit bajet kaki ang panjang sangat la yek.


Happy Diwali~

Monday 10 October 2011

Tak Munasabah

Ada satu kedai runcit dkat dengan rumah. Kicap dah habis. Pakcik aku pun beli la kicap dekat situ. Kicap kipas udang botol biasa. Bukan botol besar ye. Harga dia korang tahu berapa? Ha cube agak.

.
..
...

Ok sume salah. Jawapan yang betul adalah.. RM5.40. Boleh tak kalau aku nak kata ini memang sial punye gile? Baru tak sampai 2 bulan lepas aku terkejut bila tengok harga kicap yang sama tapi dekat kedai runcit yang lain dia letak RM4.20. Ni dah jadi RM5.40? Aku korek tanda harga dekat bawah dia. RM5.20. Memang sial punye orang kedai runcit. Makan lah korang duit riba. Aku tak halalkan. (Walaupun pakcik aku yang beli)

Ok dah abis sesi mencarut. Aku ada anak kucing baru. 2 ekor. Yang lama (kalau korang ingat lagi lah) yang nama dia Ne tu dah mati. Aku suspek sama ada pakcik aku terlanggar dia atau dia kene gigit dengan anjing. Salah aku jugak. Tinggalkan dia dekat luar rumah. Tak tutup lubang tepi pagar elok2. Sangkar nak kurung pun tak ada.

Kali ni aku cuba sediakan sangkar dulu. Kalau bagi main dekat dalam pagar pun aku tutup lubang2 yang diorang bleh keluar. Sebab anjing2liar di kejiranan aku pun dah spot dah diorang ni. Bahaya ooo~

Memperkenalkan.... Jeng Jeng Jeng

Photobucket
Oki. Pura-pura mati.Cait!
Photobucket
Ryu. Kontrol macho. Pui!
Photobucket
Ryu dan Oki (YuKi). Kuat cirit. Pffff... =..= ;;;;

Saturday 24 September 2011

Rumusan

Dah lebih sebulan tak update blog. Reason? Simple. Malas dan sibuk. Malas la yang paling tepat sekali. Tapi di sini aku boleh buat rumusan.

1. Raya ni aku kempunan nak merasa kerepek pisang gula dan kacang botak. Sedih woo~
2. Kena ganti puasa banyak hari. Ini lagi sedih. Hu~
3. Dapat jumpe twinnie kejap haritu. Makan sushi lagi. Cik Echah jeles tak agak2? HAHAHA
4. Kerja aku semakin mengarut dan membosankan. Aku rasa macam nak tukar kerja lah.
5. Drama Jepun bulan Oktober menarik2 belaka. HAHAHA
6. Nak beli kereta supaya senang pergi kerja tapi duit tak ada. Kau ada? Sedekah boleh? Pui~~~~~
7. Interface Facebook semakin mendungukan. Tak ada laman sosial baru untuk dilompatkah? Jom ramai2 join Google+ nak? Aku dah. Korang dah? HEHEHEHEHE

Setakat ni aku rasa entri inila yang paling cikai pernah aku buat. HAHA. Gambar pun aku malas nak attach. Sampai jumpa lagi kawan2.

Monday 8 August 2011

Satu Hari Di Kala Cuti

Minggu lepas adalah kali pertama aku bekerja pada hujung minggu. Jangan tanya kenapa aku kerja hari Sabtu. Ini kilang. Maka kerja pada hujung minggu adalah perkara normal. Tapi aku nak cerita pasal hari Ahad.


Sebab dah biasa tidur awal sebab penat kerja, hari Ahad aku dah tak boleh dah tidur lepas sahur. Maka aku pun main2 laptop sekejap. Pukul 8 aku bangun kemas rumah. Sapu rumah, lap lantai, (yang meliputi ruang tamu, ruang tengah, bilik tidur sendiri, bilik tidur adik lelaki aku, ruang makan dan dapur) Aku lap guna kain buruk sebab mop aku asek tercabut dari pemegang dia. Dari mencarut sebab bengang baik lap guna kain buruk. Lepas tu lap pintu, basuh baju dan apetah lagi aku buat.


Sedar2 je dah pukul 10 lebih dekat nak pukul 11. Dah siap dah kemas rumah. Badan pun melekit maka terus mandi. Dahaga la pulak. Semangat sangat buat keje. Lepas mandi lepak balik atas katil sambil tengok cerita Jepun. Bila pukul 1 mata aku berat gila. Kalau kerja pukul satu memang waktu rehat. Aku pun golek2 atas katil sambil pejam mata. Sekali lelap.


Sedar2 dah pukul 3 lebih. Itupun sebab hujan. Aku pun bangun dengan kepala yang masih separuh sedar sebab belum Zohor lagi. Lepas wudhuk masuk bilik, buka lampu (bilik aku gelap) dan siap2 nak solat. Masuk rakaat kedua tiba2 je aku rasa pelik. Dah sampai sujud baru aku perasan aku dah tertambah buat satu benda iaitu: baca doa Qunut..... PFFFF~ Ajaran mana la ni solat Zohor ada Qunut.... Photobucket

Ni semua mamai punya pasal. Tak pasal2 kena solat balik. FUFU~~~


p/s: Ne tu jantan. hehe~

Wednesday 3 August 2011

Ahli Keluarga Baru

Ewah baca tajuk macam gempak je. Bila masa la aku atau salah seorang ahli keluarga aku melahirkan anak/berkahwin/berkahwin lain/ambik anak angkat dsb. FUFU~ Inilah ahli keluarga terbaru aku. Jann~~~


Photobucket



Ingat nak letak nama AnwarHadi. HAHAH. Nama penuh: IniAnwarHadi. Tapi nanti IniAnwarHadi sebenar saman pulak. Photobucket Maka letak la nama kucing yang keluarga aku bagi sejak turun temurun iaitu:


NE.



Sebut macam neko (kucing) bahasa Jepun tu. FUFU. Jumpa dekat masjid. Adik aku bawak naik motor balik lepas dari terawih. Meraung kucing tu. Tapi bila bagi makan dia diam kejap. Dan aku tak sangka makcik aku cool je pasal kucing ni. Photobucket Aku ingat dia mesti tak bagi punya. Tapi dia banyak bagi syarat la kalau nak simpan kucing ni.


Papepun aku gembira la dapat kucing. HAHAHAHAHAHAHA. Photobucket


Kadang-kadang aku cemburu dengan supervisor aku yang di kala dia agak stress dia bukak Facebook sekejap. Aku ni komputer pun meminjam akak2 punya. Internet untuk dicapai ketika bekerja? Jauh sekali... Photobucket

Saturday 30 July 2011

Suatu Pagi di Hari Sabtu

Sebab dah biasa bangun pagi sebab kena pergi kerja kan, maka hari ini pun aku bangun awal pagi. Eceh pagi la sangat padahal pukul 0730. Lagipun semalam pukul 2210 aku dah tidur. Aku pun tidak lah faham kenapa lah aku penat macam nak mati sangat, pukul 10 dah mengantuk tahap dewa padahal dekat tempat kerja aku tu aku bukannnya angkat simen ke apa kan. Oh mungkin sebab setiap pagi aku masak. KAHKAH. Itu pun bajet guna banyak sangat tenaga ke.


Semalam makcik aku bagitau dia nak pergi Pasar Tani harini. Nak beli bahan2 untuk sambut puasa. Mak ai semangatnya. Maka aku pun bajet mungkin aku ikut la harini kalau aku bangun pagi. Dan memang aku bangun pun. (Kembang idung puji diri sendiri). Pasar Tani ni buat dekat Stadium Ipoh. Bukan. Bukan dalam stadium aa. Buat dekat tempat letak kereta dia la. 


Boleh tahan la jugak Pasar Tani dia. Ada jual macam2. Dari bahan mentah ke kudapan ke bunga-bungaan ke pakaian. Aku beli daging, kuey teow, ketam (heh), udang, kurma dan sayur-sayuran. Masa nak beli sayur tu, belek2 dekat satu kedai ni. Tengah tengok2 lobak merah, sekali ada orang baling (BALING YE) bakul yang kite buat isi benda yang kite nak. Sekali aku angkat muka tengok budak lelaki belasan tahun la yang baling benda tu. Sebab dia berdiri jauh sikit dari meja sayur yang aku berdiri tu. Mungkin dia nak jimat masa dan tenaga untuk bergerak ke meja aku tu sebab dia baling je. Walaupun pada masa tu takde tanda2 yang menunjukkan dia tengah sibuk melayan pelanggan. Dan dia campak pun bukan la kuat mana. Masa aku tengok tu aku nampak muka dia antara sengih dengan buat tak kisah. Last-last aku yang teringin nak beli cendawan dengan lobak kat situ terus je blah. Aku cakap la kat makcik aku, 'kalau dia baling tadi kena muka orang, orang baling balik kat muka dia.' Akukan jenis cepat terasa. FUFU.


Aku tak tau la benda ni dikira biasa je berlaku di mana-mana tapi pada kesedaran sivik aku, sebagai seorang peniaga paling tidak kita kena la hormat dekat pembeli kita. Kalau aku la aku tak campak kot. Biar jauh dan sibuk mana pun aku akan bergerak dan letak cara elok sikit. Entah la. Mungkin aku ni cepat terasa dan mungkin juga ini kali pertama aku berhadapan dengan pengalaman macam ni.


Sambil tu sempat beli otak-otak dan satar. Ha tau tak satar tu apa? Satar tu makanan orang2 belah pantai timur terutamanya Terengganu dan orang Kuantan, Pahang. Bahan dia (seperti yang diterangkan oleh penjualnya) isi ikan dan juga kelapa. Bila aku makan rasa macam sambal kelapa. Tapi satar ni manis la. Aku kurang makan sikit benda macam ni. Tapi otak-otak dia sedap. HEHE. Tak sia-sia beli. Lepas makan aku tinggal je daun kelapa yang aku dah makan tu dalam plastik bekas isi otak-otak tu. Adik aku ingat ada banyak lagi sekali dia tengok banyak yang dah kena bukak. Tertipu di situ. HAHA~


Photobucket
Satar. Malas nak ambil gambar isi dalam dia. Haha.


Photobucket
Ketam. Dah selamat buat rebus.


Friday 29 July 2011

Ramadhan

Tahun lepas tak dapat berpuasa di negara sendiri. Nak jimat punya pasal takut duit tak cukup nak tampung sara hidup kat sana. Tapi tahun ni dah dapat puasa di sini. Tak sabar rasanya nak mula berpuasa. Ini kali pertama berpuasa dan bekerja. Harap-harap tak lembik la macam keropok lekor dah sejuk. Tapi kalau ikut pengalaman dan pengamatan terhadap tubuh badan sendiri, hari pertama puasa memang lembik tahap supernova. Hari kedua tahap lembik berkurang sedikit la. Hari ketiga dah ok. Harap2 sempat puasa pertama. You know what I mean, right? FUFU~


Kenapa Miura Haruma sangat kacak walaupun dia potong rambut pendek untuk watak pelajar akademi polis. Ada ke rupa dia yang tak kacak dengan apa-apa gaya rambut? Kalau suruh dia botak pun aku rasa akan jadi kacak jugak. Macam Wentworth Miller. FUFU~



Photobucket
credit pic: http://grafikdesign.files.wordpress.com

~SALAM RAMADHAN~