Monday 8 August 2011

Satu Hari Di Kala Cuti

Minggu lepas adalah kali pertama aku bekerja pada hujung minggu. Jangan tanya kenapa aku kerja hari Sabtu. Ini kilang. Maka kerja pada hujung minggu adalah perkara normal. Tapi aku nak cerita pasal hari Ahad.


Sebab dah biasa tidur awal sebab penat kerja, hari Ahad aku dah tak boleh dah tidur lepas sahur. Maka aku pun main2 laptop sekejap. Pukul 8 aku bangun kemas rumah. Sapu rumah, lap lantai, (yang meliputi ruang tamu, ruang tengah, bilik tidur sendiri, bilik tidur adik lelaki aku, ruang makan dan dapur) Aku lap guna kain buruk sebab mop aku asek tercabut dari pemegang dia. Dari mencarut sebab bengang baik lap guna kain buruk. Lepas tu lap pintu, basuh baju dan apetah lagi aku buat.


Sedar2 je dah pukul 10 lebih dekat nak pukul 11. Dah siap dah kemas rumah. Badan pun melekit maka terus mandi. Dahaga la pulak. Semangat sangat buat keje. Lepas mandi lepak balik atas katil sambil tengok cerita Jepun. Bila pukul 1 mata aku berat gila. Kalau kerja pukul satu memang waktu rehat. Aku pun golek2 atas katil sambil pejam mata. Sekali lelap.


Sedar2 dah pukul 3 lebih. Itupun sebab hujan. Aku pun bangun dengan kepala yang masih separuh sedar sebab belum Zohor lagi. Lepas wudhuk masuk bilik, buka lampu (bilik aku gelap) dan siap2 nak solat. Masuk rakaat kedua tiba2 je aku rasa pelik. Dah sampai sujud baru aku perasan aku dah tertambah buat satu benda iaitu: baca doa Qunut..... PFFFF~ Ajaran mana la ni solat Zohor ada Qunut.... Photobucket

Ni semua mamai punya pasal. Tak pasal2 kena solat balik. FUFU~~~


p/s: Ne tu jantan. hehe~

2 comments:

  1. adehhh. mende2 gitu mmg terjadi di bln pose ni. mamai bile bgn tido tu mmg thp kritikal.

    daku pn asyik terlupa rakaat. pdhal time bkn bulan pose jarang jd gitu.

    huhu. dugaan bln pose kali ni beso utk kite-kite. sb ni 1st time kite keje + pose, ye dak?

    berusahalah kita twinnie!

    ReplyDelete
  2. hari cuti mmg la mamai... golek sana, golek sini.. tgk cerita.... dah bulan puasa kn??? kalo tak puasa ada la jugak aktiviti masak memasak.. hehehehe

    mamai masa solat mmg selalu.... solat tarawikh kadang2 lepas sujud rakaat pertama, tok imam takbir pendek ja, ec cepat2 igt dah tahiyat dah.... walhal semua org pn bangun buat rakaat kedua.... huhuhu T___T

    ReplyDelete