Thursday 23 June 2011

Rezeki ada di mana-mana

Bukan. Bukan aku dah dapat kerja. Selagi aku belum habiskan percubaan aku nak dapatkan lesen kereta ni, selagi tu otak aku tak boleh nak pergi secara all-out untuk cari kerja. Otak aku ni tak boleh terima stress yang berlebih-lebihan untuk satu-satu masa. Biar satu ujian datang dan pergi baru aku boleh teruskan dengan ujian yang lain.


Yang aku cakap tentang rezeki tu adalah adik2 aku. Adik aku yang lelaki tu aku ingat tak de harapan dah nak masuk insitusi pengajian mana-mana dah memandangkan keputusan SPM dia yang ala kadar nyawa nyawa ikan nasib baik takde gagal tapi matematik pun hampir lingkup tu. Ingat mula-mula nak cuba KPTM sekali sudah terlambat nak mohon pinjaman PTPTN. Nak mohon pinjaman MARA pulak tak cukup kredit nye. *mengeluh* Sekali harini datang pulak lagi satu tawaran melalui pos dari Kolej Komuniti. Ingatkan haritu permohonan online dia rosak sebabnya selepas dah mohon, bila nak semak semula status permohonan tu, website dia kata, adik aku tak pernah mohon. Eeeeek. Ape kes? Sekali dapat lah pulak. Proses kemasukan pun tak berapa nak komplikated macam KPTM tu. Aku lega juga sebab sekurang-kurangnya adalah jalan untuk adik aku teruskan pembelajaran dia. Sekurang-kurangnya lebih lah sikit dari SPM yang macam ada tak ada tu.


Yang si perempuan pulak kena praktikal bulan Julai ni. Mula2 dah macam takde harapan je nak dapat tempat. Nasib la sapa suruh tak cari awal2. Akhirnya dia terima je satu syarikat yang memang terdesak nak cari pekerja/trainee tapi kedekut nak bagi elaun. WTF? Bila dah pasrah tu tiba2 kelmarin dapat surat dari kilang depan rumah. Tawaran jadi trainee dekat kilang tu. Kilang tu agak terkenal di situ dan besar kemungkinan akan dapat elaun. Ha sekarang dah stress nak pilih yang mana satu. Ko pikir la sendiri.


Eh korang dah dengar album baru MatLuthfi? Tajuk album dia Cweet Cangat Lulufifi. Comel kan tajuk dia? Kalau belum silalah layari ke laman YouTube beliau. Ada 5 lagu semuanya. Aku paling suka track 2. ling ling aku geli. Tapi kalau nak ikutkan hati, semua seronok! Tak boleh pilih. Dan dia dah ada Twitter dia sendiri! Tapi aku rasa dia dah delete la twitter dia. Mungkin dia nak privacy. Takpe aku faham. Lebih baik tak ada Twitter daripada ada Twitter tapi maki hamun peminat sendiri / orang yang ingin beri teguran membina. Apa pun tak boleh!


Photobucket
Credit pic as tagged
Kiri: Sato Takeru
Kanan: Kento Kaku
Dua-dua aku punya!. Eh suka. Ehehehehe. Nanti marah pulak twinnie saya cop dua-dua.



Sekarang ni aku sedang tengok drama yang ada Kento Kato berlakon. Asuko March. Lain dari yang kebiasaan cerita sekolah tinggi. Ada kaitan dengan aku kot sebab aku dulu pun duduk GMI buat jugak suma kerja praktikal tu. Memang pedih la aku cakap. Penat tak ingat dunia kot. Perempuan memang lah sikit kalau bidang teknikal ni. Hehe


Tahniah Malaysia kerana menang bola. Harap-harap hero dah tak kalah lagi la ye lepas ni. Teruskan berjuang wahai Harimau Malaya. Malaysia boleh! OLE!~

3 comments:

  1. hahahaha. xpe2, kite pasrah kalu twinnie amik dua2 pun LOL. kite tumpang cuci mata jek ngn twinnie nnt ye? :p

    ayat2 dlm Asuko tu sgt menusuk kalbu. haha. real sgt, seolah2 mende2 yg watak2 dlm citer tu ckp tu, ckp kt kite. adehhh. tu yg part lawak tu x larat nk gelak, part yg menyentuh hati tu nangis jugakk. oppps. haha. saye mmg crybaby kot, sb tu bole nangis? ahaks~

    *komen menyimpang dr tajuk diskusi* :p

    ReplyDelete
  2. betul kata anez tuh... rezeki ada di mana2.. kita taktau lg rezeki kita kt mana... kena mencari & terus mencari

    pasai drama jepun tuh takdak nak komen apa... tak tgk lg pn cerita2 tuh... huhuhuhu~

    alhamdulillah... adik2 anez dah dpt tmpt2 masing2...

    ReplyDelete
  3. ok sy plak nak komen pasal album baru MatLuthfi hahh apakah? siapakah die. hahaha

    ReplyDelete