Saturday 4 June 2011

ICT Perak - Karnival Upin dan Ipin 2011

Semalam aku pergi Karnival Upin dan Ipin. Di Stadium Indera Mulia, Ipoh Perak. Eh jangan nak gelak pulak. Bukan budak kecik je boleh minat diorang ok. Masuk percuma. Tapi barang-barang di dalamnya tak percuma. Kalau nak layak menyertai cabutan bertuah pun kena beli Pasport karnival. Dewasa - RM5 (bapak mencekikkkk) dan kanak-kanak - RM1 (isi rumah aku mana ada kanak2 dah).


Photobucket


Setakat beli je mana boleh layak untuk dapat hadiah cabutan bertuah harian, utama, mahupun eksklusif. Kalau nak layak untuk cabutan bertuah harian - mesti lebih 6 cop. Kalau nak layak cabutan eksklusif - semua 9 cop dan jadi 100 orang pertama yg dapat 9 cop tu. Dan kalau dapat semua cop secara automatiknya layak la nak dapat peluang menang cabutan utama. Peh tak boleh nak susah pulak nak cari orang yang ada cop. Aku dapat 8 je weih. Yang si Ehsan punya cop sampai ke waktu cabutan aku tak dapat cari. Adoi berbulu je aku. Lepas tu waktu cabutan bertuah nombor tak kene panggil pun. Lagilah bertambah berbulu.


Sebab aku pergi hari Jumaat, benda yang paling menarik untuk hari itu adalah replika rumah Opah saiz sebenar. Dapat la aku masuk dan tinjau2 keaadaan dalam rumah opah macam yang dalam animasi tu. Heheh.. Replika tu takde lah sebijik sangat. Tapi ok lah ada lah 80% sama. Sempat la ambik gambar duduk atas kerusi malas dalam bilik opah. Hihihi..


Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket


Lagi satu benda seronok yang membuatkan aku tersengih-sengih adalah apabila melihat maskot Upin Ipin dan geng. Tambah lagi dengan pelakon2 suara semuanya ada. Tapi nak ambil gambar dengan maskot kene bayar RM10. Gambar polaroid. Tapi aku tak bayar. Maka tak dapat la ambil gambar dengan maskot. Tak dapat bergambar dengan maskot, amik gambar dengan pelakon2 suara pun boleh. Lagi seronok kot. Aku ambil gambar dengan Mail, Ijat dan Ehsan. Upin/Ipin pemalu. Tak sempat aku nak ambil gambar dengan dia. Tapi budak2 tu memang comel dan sporting la. Tapi aku lupa la nama2 sebenar diorg. Maafkan akak dik..


Photobucket
Ijat yang tiada dialog

Photobucket
Mail

Photobucket
Ehsan


Lama jugak aku duduk lepak dekat karnival tu. Dari pukul 2 lebih sampailah pukul 7. Secara keseluruhannya menarik la. Tapi goodies dan merchandises diorang pada aku mahal sikit la. T-Shirt pun dalam RM30 kot? Untuk penganggur macam aku ni agak tak murah lah. Kekek. Maka aku tak beli. Tengok je. Kalau siapa2 ada masa dan duduk tak jauh dari Ipoh, datanglah beramai2 ke karnival ini. Bawa duit lebih sikit mana tahu ada banyak benda yang disukai dan ingin dibeli.

2 comments:

  1. adeih aniz maafkan sy kerana sy sgt2 gelak terbahak2 sepanjang membaca entry ini. sy rskan awk lg comel dr upin/ipin dan pelakon2 sore tuh la hehe
    rm30 untuk t-shirt upin ipin mmg mahal kot. tp . . . erk malas la sambung. hehe

    ReplyDelete
  2. hohohoho~ karnival nih seronok kalo pegi... tp tak seronok tuh itu kena bayar, ini kena bayar... company nak cari untung la sikit masa karnival nih.. bila lagi kn?

    ada pulak rumah opah tang situ ye? hehehe...
    alahai comel la budak2 suara animasi tuh... cm betul ja anez ckp, lg bagus tangkap gambaq ngan depa drp patung tuh... ^^

    bila la karnival nak mai AS pulak nih~ mai jgn tak mai~

    ReplyDelete