Tuesday 31 May 2011

Anggur Pun Dah Nak Busuk

Lama dah aku balik ke tanah air. Transkrip sijil pun junior aku dah hantar dari sana. Dah selamat sampai pun. (Walaupun pihak pos dengan suka hatinya membengkokkan sijil sarjana muda aku bersama-sama dengan surat tak penting lain-lain, walaupun junior aku dah guna sampul keras. *menjerit di dalam hati memaki-hamun pihak pos*) Tapi aku pun tak tahu kenapa malas betul aku nak mula mencari rezeki. Namun begitu aku sedar, aku perlu mencari kerja kerana wang simpanan aku hampir habis dan keinginan aku untuk membeli itu dan ini tidak pernah berhenti. Dicampur lagi dengan keinginan adik2 aku yang sudah biasa mencekik wang ku tanpa segan silu, maka aku perlu segera cari kerja.

Aku pun rasa, dah cukup agaknya aku menanam anggur selama 2 bulan. Ok. 2 bulan aku duduk rumah tak buat apa2 yang spesifik. Anggur pun dah masak ranum ni. Sikit hari lagi pasti membusuk.

Dalam zaman kenaikan harga minyak, dan tak lama lagi harga elektrik pula akan naik, lepas ni tak tau le ape lagi nak naik, cuma gaji pak aku saja yang masih tak naik2, maka aku perlu segera fikirkan soal menyara hidup. Bukan untuk aku saja, untuk adik2 dan keluarga juga. Maklumlah aku ni anak sulung. Jadi tanggungjawab tu besarlah sikit. Cih masih sempat lagi tu nak menunjuk2 diri.

Maaf jika entri kemunculan semula ini membosankan. Tapi ini je yang aku mampu nak tulis sebagai penghalau sawang blog yang tak seberapa ni. Salam~


Photobucket
Green Tea ice cream kot nama dia ni. Hidangan Sushi King. Boleh tahan sedap.


3 comments:

  1. welkam back. yeayyy aniz dah hapdet blog suke2.

    andainya mendapai keje kat kl bleh la jumpe minum2 petang ok.

    take care

    ReplyDelete
  2. ha! org kt umah ec sllu dok perli ec tak reja ritu
    anak menakan : Cik syah tak pi keja ka hari ni?
    mak menakan : Cik syah ang dah kaya dah, tu dia tak pi reja
    anak menakan : isk! pemalas la cik syah nih!

    isk33333... macam2...
    apa2 pn gambarou anez... tak lama lg dapat la keja tuh... promot la diri anda byk2... ^^

    ReplyDelete
  3. adehhh. mujur daku membuat comeback ke blog kamu arinih. komen yg dibuat semalam sia-sia belaka! *itulah jadinye bile tulis komen time connection slow*

    sorg anak sulung, sorg lg anak tunggal.
    kalu anak tunggal + anak Datuk, xpe je.
    ni anak datuk je... *mind the capital d up there*

    maybe bile pikir tanggungjawab tu ade la skit smgt nk cr keje sungguh2.
    sama2lah kita berusaha!

    ReplyDelete