Wednesday 19 January 2011

Periksa dah Tamat dan Belgium (Bahagian 6)

Maaf dah lama tak kemaskini blog ni. Aku tiada masa. Sibuk persiapkan diri untuk peperiksaan. (Cit. Ko tipu. Ko belaja sekejap je. Pastu ko main Solitaire lama gila) Ahahah. Kantoi di situ. Tapi yang penting, harini tamatlah peperiksaan aku untuk tahun ini dan semester ini dan periksa harini juga merupakan peperiksaan terakhir aku. Aku berdoa semoga aku lulus. Doakan aku juga ye kawan2. Tak larat la dah aku nak ulang2 balik kertas ni.


Tugas aku selepas ini adalah meneruskan projek tahun akhir aku. Adoiyai la. Kena buat eksperimen lagi esok. Sedut ammonia lagilah aku jawabnya kalau Abang Petugas Makmal tak tukar lagi ventil tu. Hu... Terjejaslah kesihatan aku untuk masa hadapan. (Cit. Tak payah nak poyo lebih) Harap2 esok semuanya berjalan lancar dan mesin penyejuk aku tak buat perangai.



Photobucket
Mesin penyejuk kesayanganku. HAHAH.



Tu serba sedikit tentang pelajaran. Ni aku nak letak lagi gambar aku pergi Belgium haritu. Ni gambar2 dekat Brussel. Dekat Grand Market di waktu malam. Aku lupa banyak nama2 bangunan dia. Yang paling aku ingat adalah tugu budak lelaki buang air kecik. Nama dia Manneken Pis. HAHA (Benda2 macam ni memang ko tak lupa kan). Malam tu ada pertunjukan video muzikal dekat tgh2 'Square' Market tu. Dia lebih kepada penggunaan lampu2 la. Dah nama penaja pun syarikat lampu2 kan. Dia pancarkan video tu dekat bangunan yang ada dekat 'Square'. Pendek kata, sangat cantik dan menghiburkan.


Kami lepak tak lama sangat. Ramai sangat orang. Kami beli cenderamata, waffle, hot choc. Lepas tu pergi tengok video tu. Lepas tu jalan2 cari Manneken Pis. Lepas2 tu pergi bangunan2 kerajaan dan diraja. Lepas tu dah sejuk gila balik la. Urgh nak kena cari kat mana bas pulak. Nasib baik jumpa. Walaupun penat, tapi sangat gembira.



Photobucket
Manneken Pis

PhotobucketPhotobucketPhotobucket
Grand Square


PhotobucketPhotobucketPhotobucket
PhotobucketPhotobucket
Kedai coklat, coklat dan waffle

PhotobucketPhotobucket
Jalan-jalan di dalam bandar

PhotobucketPhotobucket
Bangunan-bangunan kerajaan dan kediaman keluarga diraja.



*Klik di gambar untuk saiz sebenar. Saya malas mahu resize. Keke.
Ok kawan2 jumpa lagi di entri seterusnya.

1 comment:

  1. first of all 'otsukare' utk aniz yg br abes exam.
    ptutla menyepi seketika.
    ekekekeke.
    hari2 msk blog aniz check ade update ke x... arini eppi ada entri nk dibaca ^^)v
    ah bestnye berjalan mengelilingi dunia~~~~

    ReplyDelete