Friday 7 January 2011

Cepatnya Waktu Berlalu dan Belgium (Bahagian 4)

Jumaat, Sabtu, Ahad. 3 hari je lagi? Duk kira-kira hari perlu kembali semula ke sekolah. Haih.. Kenapalah tak boleh cuti lagi seminggu.. Photobucket


Cet. Sudah-sudah lah mengeluh tu anak Pakcik Sarjan Mejar Misai oi. Dah dapat cuti 2 minggu pun nak bising2 lagi ke. Tsk. Sambung je lah cerita Belgium ko tu.


Lepas dah sampai dekat stesen tren Bruxelles-Midi, atau nama Inggerisnya Brussel South, (kenapa Midi= south dan bukan Center?. Sampai harini aku masih lagi tak fahamkenapa dan mengapa begitu) kami pun bergerak berpandukan anak-anak panah mencari kaunter informasi untuk bertanya tentang peta. Atau setidak-tidaknya tempat yang boleh ambil peta percuma. Kalau tiada, kenalah keluar duit sikit beli peta dan juga buku pasal bandar Brussel ni.


Tengah-tengah melelong-lelong jalan sambil terdongak-dongak tiba-tiba ada sekumpulan manusia yang rupa mereka sama macam kami cuma lingkungan umur berbeza (lebih tua dan terlebih-lebih muda) bergerak menghampiri kami. Salah seorang dari mereka pun menegur kami dengan agak ramah "Dari mana?"


Ehem. Kalau muka aku adalah rupa dari Indon. Tapi Baby Diamond, adik Baby Diamond, dan Sang Pencinta Lee Ki Kwang tu, suma muka orang Malaysia okay. Tapi kami pun jawab la balik "Dari Malaysia". Budi bahasa budaya kita sikit. Haha. Dan mereka pun mengeluarkan bunyi "Ooohh" dan "Aaaahhhh" dan "Kami pun dari Malaysia juge" dari mulut masing-masing. Dan lepas tu berlakulah temuduga pendek antara kami dan kumpulan yang kami baru jumpa ni.


Kami ditanya seorang demi seorang asal kami (adoiyai dah gaya macam kena tanya dengan makcik Imigresen setiap kali nak perbaharui Passport pulak) dan diberitahu yang seorang dari mereka itu sudah 22 tahun tinggal di situ (Oh! Wau! OK. Tapi kami tak tanya pun) dan yang lain2 tu datang untuk bercuti (tak tanya jugak), kami pun meminta diri dan sambung bergerak mencari kaunter info. Itupun lepas diorang beriya-iya nak ambil gambar dengan kami (HUH?) Teruja agaknya jumpa bangsa sendiri dekat negara asing. Lagi-lagi Eropah. (selain UK lah kan)


Tak berapa lama bergerak kami pun jumpa kaunter info. Eheh bukan kaunter pun. Ada satu rak info yang disertakan peta Brussel. Senang kan? Ambil je. Nak bahasa apa semua ada. OK. Tipu. Bahasa Melayu tiada. Eh eh nak lebih2 pulak. Inggeris ada Jerman ada Perancis ada Korea ada Jepun pun ada. Ambil je lah yang mana satu yang ko paham untuk baca kan. (Tapi nampak sangat bahasa Melayu tidak sepenting bahasa2 lain)Photobucket


Lepas dapat peta kami pun bergerak keluar dari stesen Brussel South. Amboi mak nak cari pintu keluar yang betul dan yang paling dekat dengan arah nak ke hotel pun ambil masa beberapa minit jugak. Tapi akhirnya jumpa lah. Bukan aku yang jumpa. Aku ni memang buta jalan. Keluar je dari stesen tu, Wahhhhhh ada pasar. Emm.. Lebih kepada bazar la. Alah macam pekan hari atau pasar tani kat rumah kita tu. Lebih kurang macam tu lah. Cuma bazar ni banyak jual pakaian dan barangan kegunaan harian dengan harga lebih murah dari kedai biasa.


Yang peliknya, ramai gila Pak Arab ok. Hahah. Amik ko. Brussel South ni memang kawasan majoriti orang Arab. Yang bercakap Perancis. Yeah. Hebat tak? Sang Pencinta Lee Ki Kwang lupa nak bawak sarung tangan dari rumah. Jadi kami pun berhenti dekat satu gerai yang jual sarung tangan. Nasib baik adik Baby Diamond pandai cakap Perancis. Dan kami pun berjaya beli barang pertama di Brussel. Jjan! Sarung tangan warna warni yang boleh bukak dekat bahagian separuh jari.


Photobucket


Baby Diamond pegang peta. Dan menunjukkan jalan yang patut kami ikut. Kami pun ikut je kata Baby Diamond kerana dia memang pandai cari jalan ni. Tapi lepas ada la dalam 15-20 minit masih lagi tak sampai. Dah berapa banyak jalan dan simpang 4 kami tuju, tak nampak jugak batang hidung Hotel Floris. Akhirnya Sang Pencinta Lee Ki Kwang turut serta dan menjadi co-Pilot Baby Diamond. Aku masih lagi jadi Si Pengikut. Dan tak berapa lama lepas itu, apabila kami tiba di satu lagi jalan, yang salah satu kedai nya jual ayam golek, (Pasal ayam golek pun ada cerita jugak) dengan tdak senagaja kami ternampak hotel kami di seberang jalan sana. YEEHAAA. Jumpa jugak. Photobucket



Nasib baik tak sesat barat jauh sangat. Terima kasih kepada Pilot dan Co-Pilot yang efektif. Photobucket Kalau aku entah la. Sampai petang karang pun masih lagi pusing2 dekat depan kedai ayam golek kot. HAHA.


Hotel kami agak sepadan lah dengan apa yang diletak dalam internet. Sebab dari komen2 yang aku baca dalam internet ramai yang tak puas hati dgn keadaan hotel tu. Sebelum tengok hotel tu secara dekat aku agak cuak jugak. Tapi mungkin nasib kami baik hotel tu baru siap diubah-suai maka keadaan agak selesa. Kami check in walaupun awal dari waktu sepatutnya check in, letak-letak beg, touch up sikit bedak HAHAH, dan keluar balik untuk ke destinasi pertama kami, Mini Europe.


Episod-episod seterusnya aku akan letak gambar2 lah ye. Kalau ada cerita seronok yang aku teringat aku tulis. Entri kali ini pun dah panjang macam ular anaconda dah. Mesti korang bosan nak baca.


---

3 comments:

  1. pencinta lee kikwang <3 gune nama gitu la pasnih~HAHA~ cacats

    ReplyDelete
  2. haha. panjang mcm ular anakonda eh? xpe.. kite dh smpi Belgi sekali ngn aniz-tachi sejak bhgn 1 aritu ^^)b lps ni x sabar nk tggu gambar2 dr aniz lak.

    p/s : ok ah tu cuti seminggu. org di cni cuti 5 hari jek. huhu.

    ReplyDelete
  3. jap2 baby diamond ialah intan adik baby dioman adalah adik intan. pecinta kiwang = nani ke?

    x panjang la sbb sgt menghiburkan haha cara penyampaian yang comel.

    ReplyDelete