Wednesday 5 January 2011

Kemalasan dan Belgium (Bahagian 3)

Sejak balik dari Belgium dan dari rumah kawanku di Krefeld, aku dah tak keluar dari rumah sehingga ke hari ini. Maknanya.. emm.. 4 hari! Ceh. Baru 4 hari. Dah nak kecoh. Ke ke. Uh.. Malas sebab di luar sangat sejuk. Aku tengok ramalan cuaca. Mak aih semuanya di bawah paras beku. Haih. Berhibernasi atas katil jelah macam ni. Makan tidur makan tidur. Bagus kan? HEH.


Kepada yang bertanya siapakah insan mulia itu? Aku bagi sedikit hint. Dia ni suka terjemah semua benda dari kumpulan NewS. Kalau dia buat kerja dia, lagu pun dia akan terjemah jugak. OK aku rasa hint dah cukup. Keh keh keh.


Ok cerita kelmarin. Nak sambung ni. Masa aku tunjuk tiket dekat konduktor tren. Mula-mula okay. Lepas suku minit dia bukak mulut. Dia cakap (lebih kuranglah ye aku terjemah. Tak ingat pulak setiap butir)"Eh eh ini bukan tiket untuk tren ni. Awak tak sepatutnya naik. Awak kena beli tiket baru ni. Dan harga untuk 4 orang yang tertulis dalam tiket ni sebenarnya tak cukup untuk seorang pun naik tren ni."


Jeng jeng jeng.. Semua orang pun dah pandang memandang sesama sendiri. Masing-masing pun cuba menerangkan dekat konduktor tren perkara sebenar. Kecuali adik kepada Baby Diamond kerana dia tidak tahu untuk menyampuk dalam bahasa Jerman. Walaupun kalau dia cakap bahasa Perancis pakcik konduktor tren akan lagi cepat balas. Antara ayat-ayat kami adalah "Oh kami dah tanya dekat kaunter tadi. Dia kata boleh". "Oh pekerja tu ada tulis notis atas tiket tu sebab2 kami naik tren ni". "Oh ini adalah tiket istimewa sempena Krismas sebab itulah sangat murah" dan beberapa ayat lain yang kami guna supaya nampak relevan.


Tapi pakcik tu tetap bertegas yang kami tidak sepatutnya naik tren ni. Dan dia pun mengambil tiket itu dari tangan aku seraya berkata, "Hmmm.. Saya perlu tanya boss saya dulu". Kami pun, "Okay". Lalu dia pun berlalu...


Tunggu...


Tunggu....


Tunggu......


Dia pun datang balik. Dan serahkan kembali tiket tu dekat aku. Dia dah siap ketip. Aku tanya la. "Macam mana? OK ke?" Dia tak cakap apa2 tapi dari mimik muka dan bahasa tubuh dia kitorang dapat agak dia cakap, "Duduk diam-diam sudah" Lepas tu dia blah.


Photobucket
OH YEAH!!! OH YEAH, OH YEAH YEAH YEAH
(Nyanyi lagu MBLAQ sikit)



Dapat naik tren mahal tapi guna tiket murah. Kalau korang tanya aku cuak ke tak masa dia bising2 pasal tiket tu, secara jujurnya, aku akan cakap, aku tak cuak langsung. Sebab kalau betul kami tak boleh naik, kami akan tanya berapa kena bayar. Dan kalau terlalu mahal, kami akan turun di stesen seterusnya dan tunggu tren yang betul2 dari syarikat yang kami beli tu. Itulah untung duduk di negara orang ni. Buat aku berfikir pantas sikit untuk menyelesaikan masalah dan belajar untuk tak cepat sangat panik.


Perjalanan lepas itu terasa indah walaupun kena duduk depan pintu rosak kerana orang lain yang bayar mahal dah tempah tempat duduk diorang. Diorang naik dekat stesen2 selepas kami naik tu dan kami pulak duduk di tempat diorang. Masa diorang datang dan tuntut tempat duduk diorang, kami pun bangun dan berlalu dengan muka selamba. Hahah.


Photobucket
Perjalanan jauh DAN SEJUK GILE tak ku rasa. Kerna hatiku melonjak sama.


Episod seterusnya. Sampai di Brussels dan tak jumpa hotel walaupun dalam internet kata 10 minit je dari stesen tren yang kami turun.


Photobucket
Dah sampai, babeh! Ye senyum lebar2 sepuas hatimu (rujuk kepada budak di tengah tu). Lepas ni mengagau cari hotel.



--

2 comments:

  1. fuh..suspen betul..banyak betul rintanganya bercuti ke Belgium nie yer.... XD

    ReplyDelete
  2. yg peliknye susah2 berjalan kt negara org nih, tp kite akan still stay calm cari jln penyelesaian. like we know to be independent. cuba kalau jd mende2 gitu kt mesia? haihhh tepuk dada ty diri seniri! waitin' for bahagian 4 ^^)v

    ReplyDelete