Monday 3 January 2011

Dia Sudah Kembali dan Belgium (Bahagian 2)

Oh terharunya aku ada juga insan yang membaca blog aku ini. Terima kasih kepada kalian. Kalian tahu kalian siapa kan? Photobucket

Aku ni kan peminat artis Jepun dan Korea. Tidak lama dulu ada satu insan yang rajin menterjemahkan rancangan-rancangan untuk kumpulan Jepun yang aku sangat suka ni. Tetapi oleh kerana ada insan-insan durjana yang mengambil hasil kerja dia dan menjajanya ke seluruh ceruk alam siber ini secara sesuka hati, akirnya insan mulia ini berkecil hati yang teramat  sangat lalu menutup dan memberhentikan kerja-kerja menterjemah setelah 3 tahun. Oh pada masa itu aku sangat kecewa.


Tetapi langit tidak sentiasa mendung. Hari ini, ada manusia yang menjumpai laman web yang seperti kepunyaan insan mulia ini. Dan bila aku pergi ke situ, OH OH OH OH~ aku juga berpendapat yang sama. Dia sudah kembali!! Permulaan hari yang indah. Walaupun cuaca suram dan mendung. Photobucket


Sambungan dari kisah semalam. Tren yang patut kami naik di Koeln itu. Adakah tren itu juga mengalami masalah kelewatan? Jawapannya adalah: YA! Tren tu pun 15 minit lewat. Tapi.. Kami lewat 5 saat!! Elok2 kami sampai je dekat platform tu dengan termengah-mengah mengejar, tren tu pun mengucapkan bye bye dekat kami. Photobucket Ada sorang makcik yang duduk dalam tren tu siap senyum-senyum melihat muka-muka kami yang kecewa. Photobucket Cis kurang sopan punye makcik.


Kami pun pergilah dekat pejabat tren tu. Nak tanya boleh tak naik tren selepasnya. Tren yang bukan dari syarikat yang sama. Sebab tren dari syarikat yang sama hanya akan ada 2 jam selepas itu. Kalau tunggu yang itu, bila masa nak sampai Brussel? Rugilah masa.Dan alamak aih nak bertanya tu kene ambil nombor dan tunggu sampai giliran kami pulak. Pagi-pagi buta ni mana lah nak ada banyak sangat kaunter yang buka. Setelah hampir 15 minit tunggu akhirnya sampai giliran kami.


Kami pun tanya lah apa yang patut. Dan pekerja di situ dgn yakin menjawab kami boleh naik tren yang selepas itu. Walaupun tren tu bukan tren yang sama syarikat dengan tren yang ini. Dan tidak perlu bayar lebih. Kami pun apa lagi terus bergegas ke platform tren ganti.


Sampai dekat platform tren dah ada. Kami pun treus naik. Wah wah wah ini memang tren mahal. Betul ke tak payah bayar lebih? Kami pun carilah tempat duduk. Tidak lama lepas tu tren pun bergerak. Wah wah wah memang selesa. Tidak lama selepas itu, pemeriksa tiket pun tiba. Kagum aku dia boleh cakap macam2 bahasa. Setakat yang aku dengar bahasa Inggeris, Perancis dan bila sampai dekat kami, kami belasah bahasa Jerman dengan dia. Dan masa aku tunjuk tiket kitorang satu insiden pun berlaku...


Bersambung lagi esok.. Photobucket

2 comments:

  1. hahaha rs cm best je citer belgium ni. tp sangat suspen. ending die selalu la kat saat genting. mmg cm citer kdrama ni

    eh sape yang dah kembali ke alam tranlate semula tuh. kot sy kenal hehe

    ReplyDelete
  2. yeayyy! aniz is back! aishhh kamu nih. daku sentiasa membaca tulisan kamu... dan rajin pule menyemakkan bahagian komen nih ha. selalunye komenku PANJANG dari blog kamu! wahahaha. waitin for the cont. ^^)v

    ReplyDelete