Sunday 2 January 2011

Aku Kembali Lagi dan Belgium (Bahagian 1)

Cuti Krismas dan Tahun Baru yang sekolah aku bagi adalah dari 24 Disember 2010 sehingga 9 Januari 2011. Dari 26 hingga 28 Disember aku dan kawan-kawan habiskan masa di Belgium. Tidaklah pergi seluruh Belgium. Hanya di Brussel dan Bruge sahaja. Itupun dah cukup menarik dan banyak sungguh benda untuk dilihat. Entri kalini aku nak cerita sikit pasal sebelum aku pergi Brussel tu.


Nak dijadikan cerita aku pergi rumah kawan aku dulu sebab dari situ lagi dekat nak ke Brussel tu. Perjalanan ni adalah pada 25 Disember 2010 pagi-pagi buta. Yang aku tak faham tu, ada jugak lagi orang2 Jerman ni yang naik2 tren jugak arini. Eh ni bukan hari raya korang ke? Kenapa korang pun nak menyemak-nyemak dalam tren jugak ni? Duduk rumah diam-diam dengan keluarga sudah lah. HAHA. Tak faham aku.


25 Disember berlalu dengan jayanya. 26 Disember muncul. Dari rumah kawan aku untuk ke bandar Koeln (tempat yang perlu naik tren untuk ke Brussel) memang tiba-tiba pulak masalah. Dah keluar rumah awal supaya tidak lewat. Tapi tren pulak tiba-tiba dibatalkan. Tak pernah-pernah pulak. Kena naik tram pulak. (Tren dan tram adalah benda berbeza ye. Jangan cemburu kerana di tanah air tiada benda-benda canggih begini)


Dah duduk dalam tram yang agak tak biasa dia punye stesen2 tu, tiba-tiba ada lagi pulak satu masalah. Ada tram lain dekat depan yang tak nak bergerak. Dan kami ni kene tunggu sehinggalah tram tu bergerak. Dan kami tak tahu berapa lama. Masa ni semua orang dah panas2 bontot. Memang kami dah lambat untuk naik tren kami ke Brussel. Kami cume berdoa agar tren yang nak ke Brussel tu pun lewat juga.


Ok aku berhenti sampai di sini sahaja untuk kali ni. Tunggu esok pulak untuk sambung. Mungkin trip ke Belgium ni akan ada banyak sangat bahagian. Banyak untuk diceritakan dan dikongsi.


Azam tahun baru? Tiada. Aku berazam ikut sesuka hati aku. Tiada waktu-waktu tertentu.

1 comment:

  1. Whoa..pegi bercuti ke Belgium sambut 2011...
    waiting for part 2,sempat ke tidak nek tren...heeee :P

    ReplyDelete