Monday 13 December 2010

Sejuk Sampai ke Tulang Keting

Haritu aku ada cakap aku nak ambil gambar dekat taman depan rumah aku kan? Tak jadi. T_T sebab tak ada kawan nak ambil gambar sama-sama. Sudahnya aku ke bandar dan borong baju baru. Jualan murah katakan. Dapatlah 3-4 helai baju baru HAHAHA.


Dalam entri lepas juga aku ada cakap tentang keindahan kawasan rumah aku di waktu malam kan. Tapi masa tu aku tak ambil gambar. Tapi malam selepasnya tu aku ambil gambar. Ini dia. Jjan!!


Photobucket


Cantik kan? Hari Sabtu yang lepas aku dah tidak tahan lagi melihat langsir bilik ku yang hitam berlegam (dah hitam macam adik lelaki aku dah gayanye) dan penuh dengan habuk dari siling sampai ke lantai. Mana taknya. Dah 4 tahun aku biarkan langsir aku menjadi perangkap habuk yang setia tanpa rasa ingin membasuhnya. (ops kantoi di situ)


Operasi membasuh langsir bermula tapi sebab takda langsir ganti aku kena lah tutup tingkap dan pintu bilik aku yang transparens ni untuk sementara waktu. Maka lepas aku tampal dengan surat khabar dan pembalut hadiah, jadilah tingkap dan pintu bilik aku macam ni. Jjon!!


Photobucket
Ada gaya macam pendatang tanpa izin tak? LOL.


Semalam hujan. Dan harini salji sudah hampir cair semuanya dibasuhi oleh hujan. Yang tinggal hanyalah sisa-sisa salji yang kotor dicalit pasir. Dan untuk yang tidak mengetahui, inilah waktunya kesejukan menggila tahap ke tulang kering. Ye benar. Bukan waktu salji turun yang paling sejuk tetapi waktu sebelum salji hendak turun dan juga waktu selepas salji sudah turun. Ketika angin sepoi2 tetapi datang dengan garangnya dan ketika hujan turun dengan malu2 tetapi tidak mahu berhenti pula. Waktu inilah yang aku kalau boleh taknak keluar langsung dari dalam selimut. Apatah lagi mahu keluar dari rumah. Walau setebal mana pun lemak di lengan dan betis aku, namun masih tak mampu untuk menghalang suhu serendah -4 Darjah Celsius dari menyerang badanku.


Minggu ni aku sibuk dengan Bachelorarbeitku. Mungkin tidak dapat bercakap dengan kalian lagi sehingga minggu depan. Sampai berjumpa lagi!

No comments:

Post a Comment