Friday, 24 September 2010

Cantiknya Bulan

Eh eh rupa-rupanya dah 3 hari aku tak kemaskini blog aku ni. Hehe. Aku kumpul-kumpul cerita sikit (sebenarnya ada *uhuk*malas*uhuk* sikit di situ).


Diam tak diam tinggal 6 hari saja lagi untuk aku bermalas-malasan di rumah. 1 Oktober nanti bermulalah kembali alam belajar aku. Semester ini akan menjadi semester terakhir aku di sini. Ini bermakna tinggal lebih kurang 5 bulan lagi untuk aku menghuni tempat orang. Lepas tu aku boleh pulang ke tanah air. Uwah tak sabarnya.


Semalam aku pergi ke universiti aku. Prof yang akan jadi penasihat aku untuk aku punya tesis tu ada seminar. Janji pukul 7.30 petang. Sekali 7.40 baru sampai. Sebelum aku ada seorang lagi pelajar yang sepatutnya ada temujanji dengan dia dulu. Akhirnya, pukul 9 malam baru aku boleh jumpa Prof. Dah macam-macam dah aku buat dekat koridor tu sambil menunggu. Termasuklah menari koreografi SHINee - Lucifer. Nasib baik malam. Takde orang pun tengok. Kamera litar pun aku dah periksa. Takde. Haha.


Selepas berejam tunggu dan hanya lebih kurang 15 minit aje berjumpa Prof, aku pun balik. Jalan kaki oke. Adalah rasa seram-seram sikit. Bukan seram dengan orang. Seram dengan makhluk ghaib. Haha. Seram dengan orang pun ada. Orang mabuk la. Lepas tu aku tengok bulan. Wah. Cantik. Aku pun ambik la gambar.


Photobucket
cantik kan bulan?Subhanallah


Oh hari rabu yang lalu, senior aku buat cookies. Cookies bentuk rumah. Uwah sangat rajin dan bersemangat. Aku kagum dengan orang yang berhati kental dalam membuat cookies ni. Yelah. Membuat biskut ini memerlukan daya kesabaran dan kecekapan dan kreativiti yang tinggi. Kalau aku, kesabaran dan kecekapan aje dah rendah. Tentulah tak boleh tahan lama kalau aku cuba nak buat cookies kan. Heheh.


Photobucket
tada..comel kan.


Photobucket
bumbung pun lekat satu-satu.peh.


Photobucket
lepas tu dia pergi balut pulak.


Oh haritu makan macam orang Korea+Melayu. Salad dibungkus nasi dan rendang daging. Uh sedap gila. Aku dah cakap dah dekat senior aku. Daging 250 gram tu macam tak cukup je. Dan sangkaan aku betul. Makan macam orang kebulur tak makan seminggu ok. Ah.. Sedapnya.. Mahu buat lagi nanti.


Photobucket
ah aku lupa nama benda ni apa dalam Korea. =..=;


Photobucket
ais krim buatan tempatan. Sama sedap macam Haagen Dazs. Lagi sedap kot.


Photobucket
Float! Uh banyak gila gas dalam Coke di sini.


Aku rasa blog aku ni dah boleh jadi blog yang memperkenalkan barangan-barangan tempatan di sini. Hahah.

1 comment:

  1. ahah.
    walopun tajuk blog pasal bulan eh...
    tapi bile smpi ke penghujung, mesti jd tajuk makanan! :P
    ahh cantiknye gambar bulan itu.
    caye x, kite pn dah dua malam asyik amik gamba bulan jugak.
    dok try test power diri seniri amik gamba gune ISO rendah dengan slow speed shutter...
    adehhh buat masa ni saye masih memerlukan beribu juta kali latihan untuk tidak menggegarkan jari atau tgn walau sedikitpun!

    ReplyDelete