Friday, 15 October 2010

Sudah Musim Luruh!

Wah lamanya aku tak kemaskini blog ni. Hampir 3 minggu mungkin? Aku mengaku, aku malas mahu menaip. Haha. Tapi entri kali ini, aku mahu cakap pasal keindahan alam. Sekarang di sini sudah boleh dikatakan bermulanya musim luruh. Langit sudah tidak secerah kelmarin. Awan sudah tidak kelihatan di langit. Aku tak pernah tengok langit yang tidak berawan ni. Mungkin tahun-tahun lepas selalu je langit tak berawan. Tapi disebabkan kealpaan aku dengan aktiviti dunia, aku tak terfikir pun untuk berhenti sejenak dan melihat keindahan alam.


Photobucket
sambil melepak sambil mengambil gambar


Photobucket
diambil dari balkoni belakang rumah aku


Minggu ni aku da mula dah dengan tesis aku. Awal-awal ni, masih ada kemalasan lagi. Tapi nasib baik profesor dan pembantu makmal aku peramah dan sangat mahu menolong. Alhamdulillah. Harap-harapnya ini berterusan hingga ke akhir tesis. Rajinlah wahai diri sendiri!!!


Ah.. Tidak tahu mahu tulis apa lagi.. Oh.. Petang ini ada kelas. Jadi kena mandi dan bersiap-siap. Hehe.


Photobucket
ada orang suka bergambar belakang pokok. aku pulak suka bergambar belakang bunga. HAHAH.


Photobucket
sudah musim luruh!

No comments:

Post a Comment