Aku yang sebenar adelah seorang yang akan meleleh air liur dan terjerit-jerit bila tengok lelaki jambu, suka dengar lagu pop, RnB, soul, suka menari lagu Wonder Girls dan KARA dan SNSD. Itulah aku walaupun umur aku dah boleh jadi mak orang dah agaknya. Haha. Tapi aku tidak peduli itu semua. Yang penting aku gembira dan kurang stress.
Akibat hobi aku ini, beberapa hari yang lepas termasuklah hari ini aku dah terbuat macam-macam benda yang menunjukkan aku ini memang seorang 'Fangirl'. Salah satunya, aku baru tengok DVD NewS 'LIVE'. Seronok gila oke. Diorang boleh nyanyi Live oke. Tiada keraguan tentang itu. Dan walaupun aku belum tengok cerita yang Hyunjoong berlakon, 'Playful Kiss', aku tengok lah jugak gambar2 dan poster2 promosi cerita tu.
Dan aku tak boleh berhenti berfikir yang aku rasa rambut P dan Hyunjoong sangat sama dalam kedua-dua event ini. Kekurusan muka mereka kali ini pun macam sama. Oh serius aku tidak boleh berhenti dari membandingkan betapa hampir serupanya mereka berdua.

ini P dalam DVD NewS 'LIVE'

dan ini HyunJoong dalam Playful Kiss
credits pictures: facebook and aznpopaddicts.wordpress.com
Ah aku tak kira kalau orang lain nak kata tak sama. Aku tetap nak kata serupa jugak. Oh. Mereka berdua ni memang antara yang teratas dalam senarai aku. Jadi, jangan berani2 kutuk mereka depan aku jika kutukan anda itu tidak berasas.
Lepas tu aku tengok ramalan kaji cuaca untuk minggu ini. Wah! Sepanjang minggu cerah! Tak percaya? Cuba tengok 'screencap' ni.

ramalan untuk isnin sampai khamis untuk Nuernberg



Mekasih Twinnie kasi haba dari Sapporo untuk saya sikit di sini HAHAH. Alhamdulillah panas sedikit minggu ini.
Dan yang terakhir, akhirnya selepas tunggu beberapa bulan, DVD Filem Liar Game: The Final Stage keluar pada 15 September lalu dan dengan segera diterjemahkan juga oleh peminat-peminat yang terbaik. Maka aku sebagai peminat yang hanya mampu menunggu ni dapatlah tengok filem yang tunggu dari bulan 3 haritu. Ah. Puas hati.

poster filem
credits picture: google
Siapa suka tengok cerita ni dah boleh tengok online. Siapa tak suka tak payah tengok dan jangan nak bising2 di sini.
Heh. Itulah aktiviti aku untuk beberapa hari ni. Ops. Gambar makanan tak boleh tinggal.

sedap gila keledek goreng ni oke.

mula-mula aku nampak 'Macho'. tapi 'Nacho' rupanya. Heh.

oh macam ini rupanya isi dalam. aku ingat ada batang. rupanya wafer.
Haha terlebih seronok pulak entri aku hari ini. Sekejap lagi nak layan anime pulak.
tak syak lagi HYJ kamu tu ada iras2 ngn Pi-chan di sana. maybe sebab stail rambut mereka berdua tuh. kekekeke. rambut memainkan peranan penting huh? so jgn suke hati tukar2 stail atau kaler rambut! *eh, eh, eh... ade org TER-emo plak kt sini. muahahahahahaha, aniz sure paham KENAPA & MENGAPA :p *
ReplyDelete