Kenapa walaupun aku dah berkali2 set layout aku supaya widget aku keluar di kanan dan kiri, tapi bila aku save dia masih akan tunjuk sume widget di bawah selepas semua posts? Aku mati kutu. Akhirnya aku delete je semua widgets aku dan aku tinggalkan posts aku je. Tapi agak susah la bile aku nak lawat blog yang aku dah biasa lawat kan. Kena simpan di Bookmark la macam ni.
Itu kes blog. Ni ada lagi satu kes. Kucing2 aku dah pandai memanjat tinggi2 dan menyelinap di celah2 perabot dan sampah. Pfff. Ada sekali si Oki (yang warna oren) pergi panjat barang2 dekat depan rumah dan tiba2 dah tidur atas kain lap rumah orang sebelah. Punya la penat nak pancing dia balik semula ke rumah. Tidur mati pulak tu walaupun aku dah jolok2 muka idung telinga dia sume dengan penyapu lidi bagai. Fuuu.... Ape nak jadi la dengan bulu2 aku ni...
Lepas tu, aku baru perasan yang Uchi tu betina. LOL Yelah masa kecik2 suma nampak macam sama. Ni dah dua bulan baru aku tengok betul2. Uchi punya tu tak sama macam Oki dengan Ryu. Tapi Uchi la ketua memanjat, ketua menyelinap, ketua sarkas dan ketua penakut. Hai lah Uchi..
2 minggu lepas aku pergi rumah kawan makcik aku. Punya adik. Tapi makcik aku pun berkawan baik dengan adik kawan makcik aku ni. Lepas dah melawat rumah aunty tu, kitorang pergi beli udang kat jeti kawasan Larut/Matang. Pergh yang tangkap ikan sumenye yang mata sepet2. Budak2 muda dia peh walaupun kurus kuat2 belaka. Berdarah hidung jugak la aku tengok beberapa mamat2 sepet tu. HEH HEH HEH. Makcik aku beli udang. Ingat nak beli ketam tapi tak ada yang besar dan elok sikit.
Lepas beli udang on the way nak balik rumah singgah makan. Makan lagi. Makan mi udang. Pastu sembang ramai2 tiba2 keluar topik bahasa yang orang dulu2 suka pakai tapi zaman sekarang ni macam dah jarang didengar. Ada 2 perkataan yang diorg sebut. Tapi aku ingat satu je. Kopek. Ha tau ke ape maksud kopek? Kopek maksudnye, beg duit kecik yang mak2 atau nenek2 kite dulu suke letak duit ataupun syiling tu. Kalau orang zaman sekarang mesti ingat benda lain kan. Contoh ayat, "Pinjam kopek ko. Aku punye kopek tertinggal kat umah la". BUBUBUBUBUBUBUBU~


