Ingatkan nak jalan sekejap aje lepas pergi temankan senior tutup akaun bank dia dan aku pulak tukar jenis pelan bayaran telefon aku. Tukar dari yang kena bayar tetap bulan-bulan + yang tak termasuk dalam pelan kepada yang bayar bila kita gunakan je. Bulan lepas aku ingat aku nak tukar telefon bimbit baru sekali. Tapi bila difikir balik, tunggu dululah. Aku pun bukan guna sangat dah telefon sekarang ni. Guna internet sudah.

ruangan menunggu di bahagian depan bank.
Lepas habis berurusan dengan bank dan kedai telefon, saje jelah masuk kedai-kedai. Mula dengan kedai jual peralatan sukan (tengok jersey.mahal jugak ye harga jersey.) sampai lah ke kedai kasut, kalau tak kerana puasa, melepak lah kami sampai kedai tutup. Eheh. Kedai sini pun tutup pukul 8. Berbuka pun pukul 8 jugak. Nak tak nak kenalah balik sebelum tu. Nak kejar Asar lagi.

Sweater Encik Spongebob yang comel tapi mahal lah jugak.

pakaian jenama Dolce & Gabbana disusun macam dekat kedai bundle jek. Lepas diskaun 70% pun harga masih lagi beribu. Wau!
Memang betul lah kalau dah nama perempuan tu, keinginan nak berbelanja tu punyala besar. Kalau tak dikawal, mau boros jadinya. Nasib baik nafsu aku tak besar sangat harini. OK. Nafsu berbelanja. Jangan fikir nafsu lain pulak. Tapi nafsu makan aku sentiasa besar. Dan harini dapat makan ayam percik. Yahu.

Sedap hingga licin pinggan.

Strawberry Milkshake yang dibuat sendiri. Lagi sedap dari kedai.
'Sendawa'. Alhamdulillah atas rezeki yang Kau kurniakan.
wow~ kalerful hidangan berbuka twinnie kite nih.
ReplyDeletebest2.
kadang2 bile rajin memasak tu, seyes yang dimasak kat umah LAGI sedap dr kt kedai, kan?
:)