Selamat Hari Lahir kepada negara aku. Aku tak pandai nak bermadah puisi untuk menunjukkan perasaan aku kepada negara aku. Namun yang aku pasti, walaupun hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi negeri sendiri. Buruk-buruk negeri sendiri pun, tempat tumpah darah aku juga.
Berfikiran terbuka itu sangat penting. Namun, bila kita berfikiran terbuka, bukan bermakna kita boleh melakukan apa sahaja yang kita suka tanpa memikirkan baik buruknya terlebih dahulu. Sebaliknya, lebih terbuka fikiran kita, lebih kuat lah kita berpegang kepada asal usul kita.
Pendek kata, tak salah ambil tahu tentang budaya, agama, pemikiran dan cara hidup bangsa lain. Yang elok tu ape salahnya ikut. Yang tak elok tu, tengok je lah. Apekejadahnya nak ikut.
Sekian. Merdeka!
No comments:
Post a Comment