Monday, 30 August 2010

Hari Yang Gelap dan Tak Nak Jugak Terang-terang

Jika kembar ku (eheheh) di Jepun sana mengalami hari yang cukup panas hari ini, aku pula mengalami hari yang agak sejuk hari ini. Sekarang ini boleh dikatakan sedang musim luruh. Tapi, hari ini memang terasa seperti sudah hampir ke musim sejuk.


Tujuan asal aku hari ini ke bandar adalah untuk menemani seniorku mengambil duit di Western Union. Kami yang mahu menjimatkan duit (konon-kononnya) berjalan lah kaki sambil lenggang-lenggang kangkung, kangkung-tepi-telaga ke bandar. Sambil tu ambil gambar sikit. (Banyak juga sebenarnya)


Sikit je lagi nak sampai ke bandar, hujan turun dengan lebatnya. Eh, macam dekat tanah air ku yang tercinta pulak. Selalu di sini tak adalah hujan lebat begini. Habis lah basah kuyup kami walaupun ada payung. Kasihan juga dekat diri sendiri namun terpaksa jua ku redah hujan untuk sampai ke bandar. Terketap-ketap gigi aku dibuatnya menahan sejuk.


Itulah pengalaman hari ini. Lepas pergi bandar, tengok-tengok baju sikit, kemudian baru balik ke rumah. Tapi singgah sebentar di kedai Asia dan di pasar raya untuk beli barang-barang dapur. Balik rumah terus ada orang masak pizza untuk berbuka. Nyam nyam sedap~


Photobucket
nak jugak menggedik ambil gambar dalam hujan


Photobucket
sambil layan lagu mizz nina 'what you waiting for'. sampai jugak lagu tu kat sini ye. bangga la jugak sekejap walaupun tak minat pun penyanyi ni.


Photobucket
ini labu. comel kan? kan? kan?


Photobucket
pizza 2 rasa. daging dan tuna. separuh dah kena makan. ini lagi separuh yang tinggal

1 comment:

  1. wuhu. ujan lebat melanda Sapporo 2 minggu lepas kot.
    seyes time tu ingat nk tuka musim dah (sapporo akan ujan memanjang sebelum tuka musim!)
    skali dok summer lagi (;; -_-)

    kiutnye labu itu!~~~~~
    sure x sanggup daku memakannye.
    and ooooohhhhh sedapnya pizza itu!

    ReplyDelete