Wednesday, 15 September 2010

Jadi Mangsa

Aku menjadi mangsa nafsu makan aku sendiri hahah. Hampir seminggu aku tidak mengemaskini blog aku ini. Orang lain sibuk beraya. Aku pulak sibuk makan hari-hari. Sebenarnya tak ada apa yang menarik sangat yang berlaku sepanjang hampir seminggu Syawal menjelma.


Photobucket
gambar raya hahah


Oh aku sempatlah pergi ke Pesta Rakyat Nuernberg hari Sabtu lepas. Aku naik roda pusing aje. Tapi boleh tahan gayat juga. Sebab setiap 'kereta' dia tu agak terbuka. Bukan tertutup. Kalau berdiri mahu jatuh senang-senang je.


Photobucket
cantik kan pemandangan belakang tu?


Photobucket
pintu masuk


Photobucket
pintu keluar


Ingatkan hari esoknya tu nak pergi Zoo Nuernberg. Tengok binatang dan kemudian tengok pertunjukan ikan lumba-lumba. Malamnya pula ingat nak pergi tengok bunga api dekat Pesta Rakyat, sebab hari Ahad tu hari terakhir pesta musim ini. Tapi kakak senior aku sakit mata pula. Maka tak pergi la. Apekehalnya nak pergi seorang. Bosan lah nanti.


Kronologi Makanan


Photobucket
sambal tempoyak dengan cabai burung


Photobucket
ikan tilapia goreng


Photobucket
popiah goreng inti sayur


Photobucket
burger jumbo buatan sendiri (roti tu beli lah)


Photobucket
gulai tempoyak ikan patin.



Ah.. Tempoyak dah habis. Sempat buat dua benda ni aje. Haih kenapalah sini tak ada pokok durian. Keke

2 comments:

  1. PERGHHHHHH! beghatur makanan kamu masak. uish... mau saye pun naik 10 kg dalam masa 2 hari kalau duduk seumah ngn aniz! :p

    dah la kesemuanye makanan yg dirindui belaka! adehhhh~ sekali apdet dia pegi letak gamba segala makanan... bikin org di sapporo terliur!

    you're a bad girl... very very bad girl! :p

    ReplyDelete
  2. rajin tul la org di german ni memasak. hehe kalah sy yg dah beranak pinak nih.

    elok je tgk aniz pakai skinny jeans tu. sy pakai asek kene marah je busan tul

    ReplyDelete