Aku menjadi mangsa nafsu makan aku sendiri hahah. Hampir seminggu aku tidak mengemaskini blog aku ini. Orang lain sibuk beraya. Aku pulak sibuk makan hari-hari. Sebenarnya tak ada apa yang menarik sangat yang berlaku sepanjang hampir seminggu Syawal menjelma.

gambar raya hahah
Oh aku sempatlah pergi ke Pesta Rakyat Nuernberg hari Sabtu lepas. Aku naik roda pusing aje. Tapi boleh tahan gayat juga. Sebab setiap 'kereta' dia tu agak terbuka. Bukan tertutup. Kalau berdiri mahu jatuh senang-senang je.

cantik kan pemandangan belakang tu?

pintu masuk

pintu keluar
Ingatkan hari esoknya tu nak pergi Zoo Nuernberg. Tengok binatang dan kemudian tengok pertunjukan ikan lumba-lumba. Malamnya pula ingat nak pergi tengok bunga api dekat Pesta Rakyat, sebab hari Ahad tu hari terakhir pesta musim ini. Tapi kakak senior aku sakit mata pula. Maka tak pergi la. Apekehalnya nak pergi seorang. Bosan lah nanti.

sambal tempoyak dengan cabai burung

ikan tilapia goreng

popiah goreng inti sayur

burger jumbo buatan sendiri (roti tu beli lah)

gulai tempoyak ikan patin.
Ah.. Tempoyak dah habis. Sempat buat dua benda ni aje. Haih kenapalah sini tak ada pokok durian. Keke
PERGHHHHHH! beghatur makanan kamu masak. uish... mau saye pun naik 10 kg dalam masa 2 hari kalau duduk seumah ngn aniz! :p
ReplyDeletedah la kesemuanye makanan yg dirindui belaka! adehhhh~ sekali apdet dia pegi letak gamba segala makanan... bikin org di sapporo terliur!
you're a bad girl... very very bad girl! :p
rajin tul la org di german ni memasak. hehe kalah sy yg dah beranak pinak nih.
ReplyDeleteelok je tgk aniz pakai skinny jeans tu. sy pakai asek kene marah je busan tul