Harini berbuka makan lauk daging dendeng. Hahah aku baru dengar nama ni harini. Kena rebus dahulu daging tu. Lepas tu gaul-gaul sikit dengan garam dan gula. Kemudian goreng. Selepas goreng, masak sekali lagi dengan sambal. Hihi bunyi macam aku je yang buat kan. Padahal senior aku yang masak. Mmmmm bahagia sungguh bila ada orang masak. Sedap pulak tu hingga meratah lauk. Terima kasih kak Ana. Eheh. Tunjuk gambar sikit.
Esok Nuzul Al-Quran. Al-Quranul Karim. Kitab terhebat di dunia. Ciptaan Allah s.wt. Sudah tentunya tiada kata-kata yang setanding dan seindah Al-Quran. Aku cadangkan bacalah dan fahamilah isi kandungannya sedikit demi sedikit sebelum terlambat. Maknanya sebelum mati lah tu weih.
Sempena Nuzul Al-Quran tanah air aku cuti esok. Seronoknye.... Adik aku kata dia dapat balik cuti lebih kurang 5 hari. Aku yang mendengar ni berbulu je telinga. Iri hati tau. Tapi, nasib aku lah. Siapa suruh tak balik kampung cuti kali ni kan. Teringat pulak masakan mama. Aih rindu aku.
Dekat nak Hari Merdeka dan Hari Raya Aidulfitri ni, macam-macam berita kurang elok dan kurang manis didengar dan ditonton. Hmmmm.....
wahhhhh bestnye daging dendeng!
ReplyDeletemcm masakan Jawa / Bugis je nih... *pepandai je aku.. btul ke idak ntah*
sb pnh dgr dak2 ni sebut aritu.
rmi org Jawa kt sini.
kang diorg bok kuar segala perkataan jawa kite nganga je la. haha.
sedar x sedar dah lebih stgh bulan rupenye Ramadhan.. huhu. dah Nuzul Al-Quran pun.
p/s : ingatlah 5 sebelum dtg yg 5.^^)v
betul lah tu. memang ada unsur2 jawa ni. tapi saya sebagai org yang ada keturunan jawa ini pun tak tahu tentang kewujudan masakan ini. kalau style macam ni biasanya buat dengan lampung (paru) jek. hohoho~
ReplyDelete