Friday, 27 August 2010

Dugaan

Banyak pulak cabaran untuk aku hari ini. Perasaan aku juga tak berapa nak gembira saat ini. Sesungguhnya hari ini memang aku stress.


Pagi aku bangun kerana aku mimpi ngeri. Sakit dada aku kerana terkejut dan risau. Kemudian aku telefon adik aku lepas dapat mesej dia. Ada masalah sedikit di rumah. Harap-harap aku masalah itu boleh lah selesai.


Tadi petang ada nota ditinggalkan di pintu rumah. Siap huruf besar dan berwarna merah. (Ditulis dan dicetak dengan komputer la tapi nye). Tak tahu jiran mana yang tak puas hati. Dikatanya pintu rumah aku ni terlalu bising. Tolong baiki segera. Kalau aku kejutkan dia lagi malam-malam dengan bunyi pintu rumah aku, dia akan buat aduan dekat pihak pengurusan rumah.


Aku jadi marah tiba-tiba. Mungkin benar ada pintu-pintu di rumah aku ni yang bising sikit. Siapa-siapa yang jarang guna pintu tu, kalau tak kena cara, memang akan jadi bising. Tapi yang membuatkan aku jadi sakit hati, kenapa si pengadu perlu buat amaran dengan cara begini? Waktu bila spesifiknya aku buat bising? Malam tu pukul berapa? Pukul 9 malam ke? Pukul 10 malam ke? Pukul 3 pagi ke? Yakin ke pintu rumah aku je yang kuat bunyinya?


Sudah lah tak nyatakan dia tu siapa. Tak boleh kah dia datang ketuk pintu rumah aku elok-elok dan kemudian cakap baik-baik dengan aku? Boleh aku terus minta maaf dan berjanji takkan buat silap lagi. Ini tidak. Main tinggal-tinggal nota macam tu je dan terus bagi amaran nak mengadu dekat pihak pengurusan rumah. Rumah ini pun sejak aku masuk menyewa memang pintunya dah agak longgar sikit. Takkan lah itu pun tak boleh nak bertimbang rasa. Dah bertahun aku duduk dengan pintu ni takde pulak orang nak mengadu. Sejak dua menjak ni pulak ada je pihak yang tak puas hati dengan blok rumah aku ni. Hairan lah aku. Penghuni baru agaknya yang selalu tak puas hati tu.


Aku berdoa supaya perasaan marah aku ni dapat dikawal dan supaya Allah sentiasa ingatkan aku kalau aku lupa yang aku kena sentiasa berjaga-jaga dengan tingkah-laku aku hidup berjiran. 


Aish entri harini jadi tempat aku mengadu masalah pulak. 

1 comment:

  1. huhu. hari yang tak berapa baik untuk kita hari ni nampaknya.

    nak buat macam mana kan. kita ni manusia, bukan semua benda kita mampu kawal. nak kawal emosi kita sendiri pun payah, apa lagi perasaan & hati orang lain.

    cuma itulah. satu-satunya cara nak tenangkan hati kita bila berdepan dengan situasi ni ialah, dengan banyak mengingat Allah. tak dinafikan marah tu satu dari sifat manusia. tapi bila rasa susah nak kontrol tu igtlah Allah Maha Mengetahui - Mendengar - Melihat.

    sabarla twinnie. dugaan di bulan puasa nih mungkin nak tingkatkan iman kita lagi, insyaAllah ^^)v

    twinnie gambatte!~

    ReplyDelete