Tuesday, 30 November 2010

Yang Mana Yang Patut?

Terus-terang aku kata. Aku ni memang seorang yang gian bermain Twitter. Tapi aku tiada TwitterDeck hatta TwitMobile atau yang sepesen dengan yang selain dari bermain Twitter di laman web yang sebenar. Aku tak lah banyak ikut orang. Lebih separuh daripadanya adalah artis. Artis Korea. Artis Melayu adalah seorang.


Dari Retweet artis Melayu yang aku ikut ni, aku di'forward'kan ke satu laman web ni. Cari lah sendiri ye link dia sebab aku taknak popularkan laman web entah ape-ape dekat blog aku ni. Cerita nye adalah tentang temubual penulis laman web dengan seorang lelaki lembut yang dah lama dah mengamalkan gaya hidup seorang perempuan.  Aku tak perasan lah pulak sama ada dia ni dah buat pembedahan pertukaran jantina atau sebagainya. Aku baca dan baca dan baca sampai habis. Ok. Tiada perasaan sangat pun. Ok aku tipu. Adalah rasa macam tak faham dan tak puas hati banyak jugak  Photobucket (ape yang ko tulis ni mangkuk!!)   lepas baca artikel tu.


Tapi bukan itu yang aku nak bagitau. Yang aku nak bagitau adalah pasal komen2 di bawah temubual tu. Daripada lebih kurang 45 respons, dalam 25 memberi komen positif terhadap golongan lelaki lembut ni. Ada yang komen 'Kite perlu hormat dengan kehidupan golongan lelaki lembut' 'Tuhan menciptakan manusia itu berbagai-bagai. Ada yang lelaki, perempuan, homoseksual, transvestite dll. Maka kite perlu hormat kesemuanya.'


Apa pandangan korang? Patutkah kite sokong komen2 di atas? Kalau aku, aku akan hormat golongan ini atas dasar mereka itu manusia. Tetapi setakat itu sahajalan hormat aku terhadap mereka. Yang haram itu tetap haram. Jangan putar-belit kan benda itu supaya nampak seperti tidak haram. Katakan EWW!Photobucket kepada maknyah!!LOL 

1 comment:

  1. walau x buat operation tukar jantina, tp dah terang2 mengamalkan cara hidup sbg perempuan kan? berpakaian seperti jantina berlainan pun dah ditegah, apalagi nak amalkan cara hidup seperti jantina berlainan. haishhhh. orang yg sokong tuh, dulu belajar pendidikan islam smpi takat mana? ok forget the past. better go get some religious books now or grab sb else that knows about din called islam! haihhhh

    ReplyDelete