Tuesday, 23 November 2010

Rupe Yang Cantik Belum Tentu Menjamin Rasa Yang Sedap

Semalam pergi beli barang dapur. Uh kalau tak beringat, semua benda aku nak beli. Tapi bile fikir, jangan membazir ko tu sedang dalam proses wajib berjimat. Terus menghadkan pembelian. Tengok je lah yang mampu =..=;; . Tapi lepas tu terjumpa satu kek ni. Kek labu. Comel! Harga pun boleh tahan mahal. Tapi takde lah mahal sangat. Aku pun beli.



Photobucket
Comel kan? ^__^


Tapi rasa dia.. Cet.. Lagi2 icing tu. Rasa bahan kimia. Uhuhu~ Pendek kata kek di sini tak berapa nak ikut la citarasa aku. T__T Dan rupa tak menjamin rasa sesuatu produk. Tapi kalau manusia, lain pula ceritanya. Walaupun perangai tak berapa elok, kalau rupa sangat indah, orang tetap akan suka juga. (Yeke?) Tah la. Aku rasa aku pun memang suka tengok orang indah2 luaran ni. HAHA.


Hari-hari aku baca idols aku tweet. Diorang asyik kata Seoul sejuk, Seoul sejuk. Adeh. Macamlah di sini tak sejuk. Sini pun sejuk jugak tau.



Photobucket
Habis sudah togel semua daun. Kulit pokok pun dah tertanggal-tanggal. Tetapi tetap cantik. Kuasa Tuhan. Subhanallah.



Aku baca jugak berita harini. Korea Utara membedil Korea Selatan di sempadan perairan Yellow Sea (maaf kalau fakta tak tepat). Dah siap ada korban nyawa. Harap2 lah tak melarat. Ramai kawan2 di Korea Selatan tu. Idols aku lagi (TIDAK!). Sudah-sudah lah tu. Tak boleh ke hidup tak kacau orang lain?

-

1 comment:

  1. yang 'makan dengan mata' ni orang jepun je. so sokmonye org jepun akan pilih makanan yg dihias cantik tanpa mengira rasa. amik kire gak la rasa tu, tp letak no.2. rupa letak 1st.

    saye plak letak KUALITI 1st. applied to ALL - humans, objects, foods etc.

    p/s : mentang2 keje QA. wakakakakaka. tp mmg ye pn. sebab tu bole jd QA kot? kuikuikui~

    ReplyDelete