Aku ingat aku dah boleh berhenti dari menjadi seorang peminat BoyBand. Rupanya tidak! Malahan perangai terencat aku ni semakin menjadi2 dua tiga menjak ni. Kalau dulu kala, aku gila dengan BoyBand dari UK dan US. Namakan saja siapa. Boleh dikatakan semua aku kenal.
Dan sekarang, aku masih lagi gila BoyBand. Tapi dah beralih lah arah nye. Bak kata bekas Perdana Menteri Ke-4, Dasar Pandang Ke Timur. Memang betul2 timur aku pandang. Jepun dan Korea.


Bukan aku tak cuba nak kurangkan kegilaan ni. Tapi masalahnya, tak boleh. Rasa macam dah jadi sebahagian dari hidup aku pulak. Sunyi sepi je rasanya kalau tak tengok atau tak dengar mereka ni dalam sehari.


Kadang-kadang aku terfikir jugak. Aku ni normal ke. Kalau aku belasan tahun lagi, normal lah kot ade perangai macam ni. Tapi aku bukan belasan tahun lagi. Tapi kenapa masih ada perangai ni. Fikir punye fikir, akhirnya aku sampai ke konklusi. Aku ni istimewa. Lain dari orang lain. Takpe lah ada perangai macam ni pun. Janji aku tak kacau orang lain. HAHA.


Dan kerana kegilaan aku lah, aku dah ada dah matlamat hidup aku untuk 4-5 tahun akan datang. Dan aku dah nampak dah, apa sebenarnye yang aku suka nak buat dan boleh buatkan aku gembira dalam hidup. Ke Ke.


Ah semalam tengok Harry Potter: The Deathly Hallows Part 1. Sangat best! Hampir 2 jam setengah aku duduk dalam panggung yang boleh dikira dengan jari berapa orang je yang datang tengok sebab sesi tayangan pukul 10.40pagi (murah!). Puas hati lah. Teruja nak tunggu bahagian akhir tahun depan.

Credit pics: http://www.mugglespace.com
Dan satu lagi. RIP Dobby...


---
waaaaa jelesnye aniz dh tgk HP! huhuhuhuhu. mr. ***n xmau ajak i tgk wayang dgn dia kah. wahahahaha. *nama terpaksa dirahsiakan demi keselamatan sejagat*
ReplyDeletekenapakah tetiba membuat luahan hati pasal boyband nih? ada yg komplen kah?
tertekan kerana blum ada kerajinan utk kluar rumah n pegi sensorg tgk cerita HP7 nih ;__;
ReplyDeleteand LOL qoute dari gikwang ku yg comel+hot+bergaya :"age doesnt matter in love~" HAHA~ <3 tak kire la ko dh jadi mak org ke,dh nk suke tuh suke gak la~kerana ko istimewa,aku lagi la kot LOL *facepalm*
@twinnie: huh? biasa org gune mr.(initial) ni gune mr.(ending) new idea! bagus2! keke~ ah takde org komplen. sini sape je nak komplen. tp haritu la ade sorang fangirl baye2 kite yg dikomplen. tu yg terfikir tibe2 tu. keke
ReplyDelete@nani: HAHA yeah love that "age doesnt matter in love~" quote. *facepalm* jugak. HE HE