Saturday, 4 September 2010

Babai Isyqi

Ah ruginya lah kalau malam tadi lailatulqadar. Aku penat sungguh malam tadi. Subuh pun buat macam mamai-mamai je sebab tak tahan sangat mengantuknya. Ish lemah betul lah aku ni. Tapi pada aku, kalau sampai mata dah tak larat nak bukak, bila beribadah tak khusyuk, bukan kah tak elok? (yang sunat2 lah. yang wajib tu lain kisah.)


Tapi itu kisah sampingan. Harini aku tulis blog siang-siang. Entri harini kira istimewa sikit lah. Sebabnya hari ini senior aku (nama seperti di atas) akan pulang ke tanah air kerana dah tamat pengajian. Penerbangan pukul 10.30 malam di Lapangan Terbang Munich. Pukul 4 lebih nanti dia akan bertolak dari rumah aku ni ke stesen kereta api sentral Nuernberg. Pukul 5 lebih dia akan naik kereta api ke Stesen Sentral Munich dan seterusnya ke Lapangan Terbang Munich.


Alhamdulillah. Lepas dah menempuh macam-macam dugaan akhirnya berjaya juga dia. Aku pun turut gembira. Seminggu dua yang dia habiskan dengan menghuni rumah aku bermakna jugak lah bagi aku. Taklah aku kesunyian sangat musim panas ini bila rakan serumahku balik bercuti di tanah air. Masak sama-sama, jalan pergi bandar sama-sama, ambikkan gambar aku, tengok berita dan Jejak Rasul masa berbuka sama-sama, derma sikit barang-barang rumah dia kat aku. Heheh.


Insya Allah aku takkan lupa sampai akhir hayat. Kepada senior aku ni,

Tahniah weih.
Semoga selamat sampai ke tanah air.
Ramadhan masih belum berakhir. Go for it!
Salam Aidilfitri. Maaf zahir batin.
Good luck for your future undertakings.
Thanks for the memories.

Photobucket
di atas bangku dari bambu. eh bukan. bangku dari besi.


Photobucket
sehari sebelum pulang.


p/s: Cemburu sedikit di situ kerana dapat beraya di tanah air. Heh.

1 comment:

  1. tahniah juge kepada senior aniz tu! *kirim ucapah tahniah dari jauh* ^^
    antara gembira & sedih tu...
    bercampur baur perasaannya.
    huhu.

    *bajet cakap kepada diri seniri*

    ReplyDelete