Friday, 20 August 2010

Semangat Lebih dan Dicampur dengan Obsessi Pulak...

ye aku sekarang tengah semangat lebih. Ade dua benda yang buat aku semangat lebih pulak. Satu: ambik gambar. Harini cuaca baik. Tapi memory card aku tak sampai lagi. Maka tak boleh lah aku nak keluar jalan2 ambik gambar. Dah puas dah aku ambik gambar dari balkoni umah. Jaja pun mesti dah boring asyik tgk gambar sama je haha. Tapi kalau kad tu sampai harini, mungkin esok aku boleh ambik gambar2 cantik. Bukan gambar tu cantik sebab aku pandai ambik gambar, tapi sebab pemandangan dah memang cantik (Subhanallah-)aku tinggal SNAP SNAP SNAP je.


Perkara kedua yang buatkan aku semangat lebih: Ilmu2 berkaitan agama. Bukan nak jadi ustazah atau pendakwah tapi untuk diri aku sendiri dan untuk keluarga. Sebelum ni aku ingat kalau solat cukup 5 waktu, baca Al-Quran walaupun tak faham isi kandungan, puasa di bulan Ramadhan campur puasa sunat mana yang mampu, lepas tu buat baik sikit2 kiranya aku ni dah bolehlah dikira muslimah yang baik. Ewah ewah. Kepale hotak aku lah kan. Aku masih lagi lalai. Aku masih buat dosa. Hiburan masih lagi aku suka. Aku masih lagi tak cukup kuat nak kawal perasaan marah,dengki,busuk hati aku dekat orang lain,tamak,riak dan lain-lain lagi perangai yang syaitan,jin,iblis suka. Sebabnya aku tak satukan agama dengan kehidupan seharian aku dengan sepenuhnya.


Tapi perlahan-lahan lah aku sedar. Lepas tengok The Arrivals timbul lah rasa insaf dalam diri. Siap menangis-nangis lagi tu alamak aih. Lepas tu aku tengok lagi cerita lain macam Jejak Rasul, kisah2 mualaf dekat YouTube. Aduh malunya aku saudara baru lagi alim dari aku yang memang lahir sebagai orang Islam. Pastu sekarang aku dah mula baca tafsir al-Quran. Patutlah aku masih lagi lalai walaupun dah solat dan dah baca al-Quran. Sebab tak faham maksud ayat2 yang aku baca. Bila faham, barulah aku faham kenapa kita wajib buat sesuatu perkara yang disuruh dan wajib meninggalkan perkara yang dilarang. Ruginya lah aku dari dulu lagi tak terhingin nak baca tafsir betul2. 


Itulah dua benda yang aku semangat nak buat cuti2 ni. Lepas cuti wallahulam dapat buat selalu atau tak. Tapi bak kate oghang Melayu le kan, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Ye dak? hihi.


Akhir kata untuk harini, aku tunjukkan 2 gambar. Gambar pertama adalah gambar seekor makhluk Allah yang membuatkan aku menjadi seorang obsessi dan stalker.


Photobucket
picture credit: I am Maru Webblog


Dan yang ini adalah gambar yang aku ambil pagi tadi sebelum aku tidur. Gambar matahari nak terbit.


Photobucket

2 comments:

  1. ho~ cantik2. sasuga Casio! (mmg x syak lagi itu adalah Casio! ^^)v )

    keke. bagusla aniz. 'bagus' as the real bagus, tentang nk blaja & tambahkan ilmu pengetahuan agama tu. not in the 'perli' way or such. sb ade sorg ustad masa kite form 3 dulu, namanya Ustaz Suhaimi. masyaAllah smpi skg kite suke org nama Suhaimi gara2 ustad ni. die ni kt kelas, bukan nk ngaja ikut silibus, tp die byk bercerita, ala2 org bg ceramah agama kt radio / tv. dan die bukan lulusan mana2 maa'had yg mmg trained utk jd ustaz, tp dr skola bese, belaja bersungguh2 utk ajar org.

    org kata bile kite nk ajar org, kene la ajar diri seniri dulu kan? maybe kes ustad ni mcm ni la kot. alkisahnye ustad ni selalu cakap,

    'lg byk kite blaja, semakin bodohla kite'

    tau maksudnye apa? sb lg byk kite belaja, semakin kite sedar lg byk mende kite xtau, padahal seniri rasa byk dh mende belaja, kn?

    tu antara kata2 die yg kite igt smpi skg la. kalu die ni bercakap kan, rs sejuk je hati, walopun ustad ni kuat perli gak ekcelli. haha. subhanallah, kalu mintak nasihat ngn die, xyah tgk isi kandungan nasihat tu lg, dgr die bercakap je, dh cukup nk buat airmata menitis.

    & lg satu kata2 ustad ni, ni slalu rubi share ngn org lain,

    'nk buat 1000 perkara baik tu senang, tp nk tinggalkan 1 perkara jahat tu payah, tak kata perkara jahat, yg lagha pun cukup. cukup susah nk tinggal'

    betul dh tu. cube kire tgk hr ni bapa byk mende lagha yg kite sume buat. isk, kalu senarai mmg lg byk dr mende baik. astaghfirullah. dh sedar pn kadang2 tu, tp still payah nk tinggal, betul x?

    tp betul la tu. kalu buat lg byk mende baik tu nnt, makin kurangla terasa nk buat mende jahat tu ye dak? rs mcm buang karan je buat baik, pastu mcm nk erase plak pahal2 buat baik tu kan?

    all the best aniz. kite ni dh byk melaghakan diri sejak dtg jepun. tp mujurlah org jepun ni jenis byk bertanya, so sedikit sebanyak nk menjawab persolan diorg tu, diri seniri kene byk gak tahu memacam. dan kene pandai bahas jugak, kang bile bahas punye bahas, terbidas kt diri seniri, sape yg malu?

    aiseyh. alhamdulillah. aku ditakdirkan tercampak ke bumi sakura yg penghuninya bukan Islam, negaranya pun negara bukan Islam, tp masyaAllah~ bila aku melihat semula, mereka lebih mengamalkan cara hidup Islam berbanding aku yang dilahirkan dalam fitrah Islam. ada sebabnya Allah hantar aku ke sini. diuji dengan berbagai-bagai ujian, diberi segala kesusahan. tapi aku redha, kiranya segala ujian itu adalah untuk menghapus segala dosa silamku, kiranya dugaan-dugaan itu adalah utk membuatkan aku sentiasa dekat dengan Dia - kerana setiap kali aku diuji, airmata akan menitis, dan satu2nya tempat utk meluahkan adalah pada Dia Yang Maha Mendengar.

    p/s : i used to be paranoid, but i'm no longer so. it's up to everyone else to do whatever they wanna do, as long as i'm on the right path. when i think i did sth wrong, i ask for their forgiveness. they'll forgive or not, it's their rights too. and the rest is Allah's job.

    ReplyDelete
  2. duduk malaysia tak sedar2, dah kuar dari malaysia baru nampak realiti. bukak mate, bukak hati. ^^

    ReplyDelete