Saturday, 21 August 2010

Kena Gigit Anjing

Harini dah dapat dah memory card dan casing kamera hohoh. Jumpa dalam peti surat (aku punya peti suratlah wei. Bukan amik dari peti surat jiran~) masa turun nak pergi beli susu dgn telur. Isi memory card dan casing kamera tu dalam beg,pastu pergi Norma (kedai jual barang2 keperluan harian) Ehem bukan Normah ye. Norma. Dah beli barang (lupa nak beli mi spageti) bergegas pulang dan koyakkan isi sampul surat dengan rakus. Terus letak dalam kamera dan format. Dah siap terus turun balik dan jalan kaki ke taman. Walawei semangat habis nak ambik gambar ni.


.....
............
........................




Sampai dah kat taman.
5 minit je dari rumah kalau jalan kaki.
+3 minit lagi kalau lampu isyarat depan taman tengah merah.


Baru je jalan masuk taman jumpe satu kumpulan tgh lepak2 dengan anjing masing2. Ada dua laluan. Kiri dan kanan. Diorang lepak belah kiri. Yang aku ni pun dah hilang akal agaknye nak jugak lalu dekat tgh2 kawasan laluan kiri tu. Jalan belah kanan kan ada. Dah la lalu belah kiri, taknak pulak lalu dekat rumput. Pergi lalu jugak dekat atas jalan turap yang anjing2 tu tgh beriya-iya main.


Aku rasa aku teruja sangat dapat memory card dengan casing kamera kot. Tu sampai aku jadi berani dengan anjing. Selamba je lalu tepi diorg siap tengok2 lagi diorang main. Ha engkau ape lagi diorang pun kejar la aku (seekor tak kena ikat) dan yang seekor tu pun sempat la tangkap kaki kanan aku dan ngap. Terkejut aku nasib baik tak jerit macam nampak hantu. Kalau tak malu gile...


Nasib baik anjing tu kecik (dan comel macam Shiro anjing Shin Chan) dan gigit acah2 aje. Kena la seluar aku sikit. Pastu aku teruskan je amik gambar dekat taman sampai aku penat. Balik umah aku samak je kaki aku sebab nak yakinkan diri aku walaupun aku pasti kaki aku tak kena pun air liur anjing tu. Dengan seluar2 sekali aku jirus air tanah. Seluar kene samak jugak ke ek? aku tak tahu la. Aku main jirus je jugak dengan air tanah haha.


Itulah kisah aku kene gigit anjing. Nasib baik bukan anjing besar dan garang. Haih~



Photobucket
inilah jenis anjing yang gigit aku (bukan gambar anjing sebenar)
picture credit: picsdigger.com


Photobucket

shiro!
pic credit: biginjapon.blogspot.com



prebiu gambar2 untuk harini



Photobucket
stadtpark = townpark


Photobucket
itik oh itik kenapa bontotmu tonggek


Photobucket
hijau warna daun


Photobucket
bila kembang cantik dan harum.bila layu tak berseri lagi dan akhirnye gugur jua ke bumi.


Photobucket
ini stail gambar yang aku suka sangat ambil.

2 comments:

  1. pergh. tu dia photographer kite dh kuar. aniz pn suke amik gamba scenery eh? ^^)v

    p/s : mn ade fotografer xsuke amik gamba scenery! adeiii ape da rubi!

    suke sume gamba. tp tu ah, pengorbanan fotografer nk amik gamba, siap smpi kene gigit anjing lg. hu~ pengalaman, xpe ^^)m

    p/s : itik tu malu tu aniz nk amik gambo die. so sorok kepala masuk lam air. kekekekeke. comelnye itik tu eh? ^^

    ahhh~ terasa nk berjalan2 rembat gamba juge. lalalalalalala~

    ReplyDelete
  2. ada je fotografer yang suke amik gambar tema lain.haha u know what i mean.gambar2 lain akan diupload ke fb selepas ini.tunggu~hahah

    ReplyDelete